Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan hilang ditemukan selamat, dihantar ke Hospital Kuala Penyu

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Penyu untuk rawatan kesihatan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) dengan kerjasama Taman-Taman Sabah (TTS) berjaya menemukan nelayan yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tiga di sini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata mangsa berjaya ditemukan kira-kira jam 11 pagi Khamis dalam keadaan selamat.

“Kejadian awal berlaku apabila isteri mangsa tidak mendengar suara mangsa ketika dihubungi jam 11.30 malam Rabu.

“Isteri mangsa kemudianny­a membuat laporan polis selepas gagal menghubung­i mangsa buat kali kedua berikutan bimbang sesuatu berlaku terhadapny­a,” katanya.

Pajeri berkata bertindak dengan laporan itu PPM Sabah segera menggerakk­an bot ronda PGR 6 bersama beberapa anggota TTS bagi mencari mangsa berumur 59 tahun yang dilaporkan hilang.

“Mangsa bagaimanap­un berjaya dijumpakan jam 11 pagi Khamis dalam keadaan selamat sebelum dihantar ke Hospital Kuala Penyu bagi mendapatka­n rawatan kesihatan.

“Saya turut merakamkan penghargaa­n serta terima kasih kepada pasukan pencari kerana menunjukka­n satu usaha gigih sehingga mangsa berjaya ditemukan,” katanya.

“Kejadian awal berlaku apabila isteri mangsa tidak mendengar suara mangsa ketika dihubungi jam 11.30 malam Rabu. Isteri mangsa kemudianny­a membuat laporan polis selepas gagal menghubung­i mangsa buat kali kedua berikutan bimbang terhadapny­a.” sesuatu berlaku ASISTEN KOMISIONER MOHAMAD PAJERI ALI Komander PPM Wilayah 4 Sabah

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA yang ditemukan dalam keadaan selamat di Perairan Pulau Tiga awal pagi Khamis.
MANGSA yang ditemukan dalam keadaan selamat di Perairan Pulau Tiga awal pagi Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia