Utusan Borneo (Sabah)

Megat tersingkir, lima protege berentap ke semifinal Mentor 7

-

KONSERT Battle Mentor 7 keenam yang bersiaran secara langsung dari

Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada minggu lalu menyaksika­n Megat daripada #TeamAizat telah tersingkir.

Dan kini tinggal satu minggu sahaja lagi untuk ke Semi Final. Siapakah yang akan mara menuntut hak bermegah ke Semi Final Mentor 7?

Saksikanny­a dalam siaran langsung Konsert Mingguan Ketujuh Mentor 7 di TV3, pada Ahad ini, 16 Disember 2018, jam 9 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Dalam konsert battle pada minggu lepas, kesemua enam protege telah membuat persembaha­n dengan bersungguh-sungguh dan Zaaim telah muncul sebagai persembaha­n protege terbaik sekali lagi buat tiga minggu berturut-turut.

Namun, perjalanan protege Aizat, Megat terhenti setakat malam itu sahaja apabila diumumkan tersingkir oleh juri tetap, Datuk Wah Idris.

Perbezaan peratusan markah Megat dengan Ranisha (protege Datuk Syafinaz), yang juga merupakan protege yang tercorot cuma 3 mata mendahului Megat dengan 50 markah berbanding Megat hanya meraih 47 markah secara keseluruha­nnya.

Menurut Mentor kepada Megat, Aizat Amdan, penyingkir­an Megat pada malam itu sememangny­a satu pukulan kepada team mereka kerana mereka bertiga (termasuk Pasya) bercadang untuk kekal bertiga sehingga ke Konsert Akhir nanti.

“Namun, kami akur dengan keputusan malam ini, dengan berat hati, kami merelakan penyingkir­an ini. Walau bagaimanap­un, saya sendiri tidak akan memutuskan hubungan saya dengan Megat, Megat boleh hubungi saya bila-bila masa sekiranya perlukan dorongan dan nasihat.

“Saya sendiri mempunyai beberapa perancanga­n untuk ketiga-tiga protege saya (termasuk Faris) yang belum habis saya fikirkan. Mungkin kami akan berkolabor­asi pada satu masa akan datang. Buat Megat, saya harapkan Megat tidak berhenti belajar dan jangan putus asa,” katanya.

Dalam Konsert Battle keenam malam itu, Megat menyanyika­n lagu ‘Untukmu Ibu’ yang dipopulark­an oleh kumpulan Exist manakala Pasya menyanyika­n lagu ‘Hati Emas’ (M. Nasir).

Lazarul dan Ranisha iaitu protege Datuk Syafinaz masing-masing menyanyika­n lagu ‘My Baby You’ (Marc Anthony) dan ‘Anggapanmu’ (Ziana Zain) manakala protege Siti Nordiana iaitu Zaaim menyanyika­n ‘Ghazal Untuk Rabiah’ (Jamal Abdillah).

Sementara itu Azmirul, satu-satunya protege Hafiz yang masih tinggal menyanyika­n ‘Samrah Mentari’ (Jamal Abdillah).

Pada malam itu juga, para penonton turut dihiburkan dengan persembaha­n protege ujibakat pilihan, Ikmal dengan lagu, ‘Kisah Antara Kita’.

Persembaha­n penutup konsert telah disampaika­n oleh keenam-enam protege dengan lagu ‘Khayalan’ dan ‘Keliru’ serta kumpulan XPDC telah menghiburk­an para penonton dengan sebuah persembaha­n medley lagu ‘Teman, Sakinah dan Semangat Yang Hilang’ sebelum pengumuman penyingkir­an protege.

Sistem penjurian Mentor 7 merangkumi 50 peratus daripada juri tetap (Mas Idayu dan Datuk Wah Idris), 30 peratus daripada Undian Atas Talian (www.xtra.com. my/mentor7) dan 20 peratus daripada 10 orang juri awam yang terdiri daripada penggiat seni tanah air seperti pengacara, pelakon, dan wakil media.

 ??  ??
 ?? — Gambar daripada TV3 ?? TERCOROT: Ranisha dan Megat dua protege tercorot pada minggu lepas.
— Gambar daripada TV3 TERCOROT: Ranisha dan Megat dua protege tercorot pada minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia