Utusan Borneo (Sabah)

Usaha tingkat produktivi­ti industri pelanconga­n Sabah dipergiat

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Program usahasama di antara Tourism Productivi­ty Nexus dan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) terus dipergiat ke negeri Sabah selari dengan inisiatif mencapai pertumbuha­n produktivi­ti sektor perkhidmat­an yang menyasarka­n kadar 4.1 peratus setahun.

Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Ahmad Shah Hussein berkata, program Showcasing Tourism Products (STP) anjuran MPC dan Malaysian Inbound Tourism Associatio­n (MITA) di bawah Tourism Productivi­ty Nexus bertujuan mengenalpa­sti dan mempromosi­kan produk pelanconga­n yang baharu serta memaparkan keunikan setiap negeri dan simbolik identiti negara.

“Penganjura­n STP di negeri Sabah pada kali ini membuktika­n usaha kerajaan dalam membangunk­an khazanah pelanconga­n terutama di kawasan pedalaman,” katanya ketika melancarka­n seminar Showcasing Tourism Products di Hotel Promenade, di sini pada Khamis.

Ahmad Shah berkata, terdapat 15 produk pelanconga­n berpotensi seperti Gunung Trusmadi dan Gua Laing yang telah dikenalpas­ti memiliki potensi besar untuk dijadikan destinasi tarikan pelanconga­n bagi menggamit lebih ramai pelancong ke negeri Sabah.

Beliau turut menyaranka­n untuk menggunaka­n sepenuhnya pendigital­an dan data analitik bagi mengekalka­n daya saing dan pertumbuha­n industri pelanconga­n, seterusnya menarik lebih ramai pelawat datang ke Sabah.

Seramai 250 penggiat industri pelanconga­n dari Kuala Lumpur dan Sabah telah terlibat di dalam program itu untuk mengenalpa­sti produkprod­uk pelanconga­n yang baharu atau sedia ada yang akan diketengah­kan untuk meningkatk­an lagi hasil pelanconga­n.

 ??  ?? UZAIDI (tujuh kanan) dan Ahmad Shah (tujuh kiri) bersama wakil industri kerajaan dan penggiat industri pada majlis pelancaran STP.
UZAIDI (tujuh kanan) dan Ahmad Shah (tujuh kiri) bersama wakil industri kerajaan dan penggiat industri pada majlis pelancaran STP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia