Utusan Borneo (Sabah)

Imigresen usir PATI, elak depot tahanan sesak

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen sedang membuat proses pengusiran dan pendakwaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dengan lebih cepat bagi mengelakka­n berlaku kesesakan PATI di depot Imigresen.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia juga bagi mengelakka­n kerajaan menanggung kos perbelanja­an yang lebih tinggi di depot tahanan Imigresen apabila tahanan PATI meningkat.

“Saya boleh katakan daripada lebih 9,000 PATI yang berada di dalam depot kami hanya lebih 5,000 daripada jumlah itu (9,000) telah diusir keluar dan didakwa di mahkamah.

“Selain menyelesai­kan proses pendakwaan dengan cepat, ada pihak-pihak tertentu yang meminta kami untuk ‘slow down’ daripada membuat operasi penguatkua­saan imigresen kerana jumlah PATI yang ditahan di dalam depot adalah tinggi,” katanya pada sidang media selepas operasi penguatkua­saan imigresen di Jalan Loke Yew, di sini, awal pagi Khamis.

Beliau berkata pihaknya telah menahan 46,000 PATI di seluruh negara sejak awal Januari sehingga malam tadi.

Mustafar berkata walaupun mendapat tentangan dan kritikan, pihaknya tidak akan memberhent­ikan operasi penguatkua­saan Imigresen untuk membantera­s warga asing yang masuk ke negara ini secara haram.

Beliau berkata Imigresen akan membuat operasi penguatkua­saan pada setiap hari di seluruh negara dan tidak akan berkomprom­i denganmere­kayangmemi­liki kesalahan Imigresen.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata kerajaan memberi komitmen sepenuhnya agar kegiatan tidak sihat seperti pelacuran dan kemasukan PATI tidak berleluasa di negara ini.

“Usaha berterusan membasmi kemasukan PAATI secara haram di negara ini akan diteruskan seperti biasa bagi menjadikan negara ini bebas PATI,” katanya. - Bernama

 ??  ?? TIMBALAN Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman (berdiri kanan) bersama Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali (berdiri kiri) meneliti dokumen sebahagian warga asing yang berjaya ditahan semasa Operasi Penguatkua­saan Imigresen awal pagi Khamis.
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman (berdiri kanan) bersama Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali (berdiri kiri) meneliti dokumen sebahagian warga asing yang berjaya ditahan semasa Operasi Penguatkua­saan Imigresen awal pagi Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia