Utusan Borneo (Sabah)

Bekas peguam peribadi Trump dihukum penjara tiga tahun

-

WASHINGTON: Bekas peguam peribadi Presiden Donald Trump, Michael Cohen dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas mengaku bersalah melakukan beberapa jenayah termasuk rasuah, meng-elak cukai dan menipu Kongres.

Agensi berita Xinhua melaporkan pendakwa mencadangk­an “tempoh hukuman penjara lebih lama” terhadap Cohen.

Cohen mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya oleh pihak pendakwa di daerah Selatan New York dan peguam khas pasukan Robert Mueller yang menyiasat campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2016.

“Saya bertanggun­gjawab sepenuhnya untuk setiap tindakan yang saya lakukan dan mengaku bersalah,” katanya di mahkamah persekutua­n New York.

Cohen, 52, mengaku bersalah pada Ogos atas pertuduhan mengelak cukai sebanyak US$ 1.4 juta dan memberi rasuah kepada dua wanita yang mendakwa mempunyai hubungan dengan Trump, menjelang hari pemilihan presiden 2016.

Pada Isnin Trump dalam Twitternya menulis, pembayaran itu adalah “urus niaga peribadi yang biasa” bukan berkaitan pilihan raya yang tertakluk kepada undang-undang perbelanja­an kempen.

Dalam Tweet berasingan Presiden AS itu menggelar Cohen sebagai “orang lemah dan tidak bijak.”

“Sangat mudah, Michael Cohen berbohong dan dia cuba mendapatka­n hukuman yang ringan untuk perkara yang tiada kaitan dengan saya,” kata presiden itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia