Utusan Borneo (Sabah)

Percutian indah dalam travelog ‘Travels With Darley’ di TV1

-

BERSAMA sertai pengembara­an hos Emmy Darley Newman bertemu dan menemubual penduduk tempatan untuk memahami dan berkongsi tentang sejarah, makanan, muzik dan seni lokasi menarik di seluruh dunia menerusi program travelog bertajuk ‘Travels With Darley’, disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Special On 1 mulai 17 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam di TV1.

13 episod siarannya bakal membawa penonton menelusuri bandar Eropah, Caribbean dan Amerika Syarikat (AS), meneroka pelbagai budaya dan tradisi penduduk setempat.

Dalam setiap episod, Darley Newman akan melawati destinasi yang popular dan menarik. Di sana juga beliau akan menjemput salah seorang dari penduduk tempatan untuk membantuny­a memahami budaya, masakan, seni, muzik dan sejarah tempat yang dilawati.

Sebagai pengenalan episod pertama membawa Darley Newman ke Pulau Guadeloupe yang terletak di timur Caribbean antara Dominica dan Antigua yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi.

Tempat yang dilawati Darley semasa di sini termasukla­h Taman Nasional Guadeloupe, gunung berapi, tamantaman, spa dan juga beberapa pantai yang menakjubka­n.

Seterusnya Darley bersama ahli keluarga dan kawannya ke Pantai Timur Maryland mengunjung­i Assateague Island National Seashore untuk melihat kuda liar, ladang yang membuat ais krim dari susu segar, Ocean City, Berlin, St Michaels dan juga pantai yang indah dan bersih.

Bandaraya Brussels terkenal dengan perayaan Jazz yang di adakan setiap tahun turut dilawati beliau.

Begitu juga kunjungan ke kilang coklat Belgian yang termasyhur di dunia, dan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar bandaraya tersebut menikmati seni bina bangunan bersejarah.

Seterusnya, beliau melawat kawasan luar bandar iaitu kilang roti dan pasar di Liege.

Masih di Belgium, beliau meneruskan perjalanan­nya ke Leige, sebuah bandar yang popular dengan ‘waffles’, melawat bandar kecil iaitu Durbuy yang mempunyai jalan-jalan zaman dahulu dengan pemandanga­n indah dan bersejarah serta kedai-kedai kecil dan cantik.

Juga istana bersejarah, cantik dan unik dan yang telah diduduki oleh seorang bangsawan pada masa dahulu serta ke Durbuy Topiary Parkyang.

Dalam episod seterusnya, Darley membawa penonton ke selatan Amerika Syarikat iaitu Arkansas, South Carolina dan Kentucky dengan mengikuti jalan raya yang menghubung­kan ketiga-tiga negeri tersebut.

Selain daripada menikmati makanan yang enak, beliau juga melawati gua di Kentucky, Muzium ‘Corvettes’ di Bowling Green, Greenville, dan pasar petani di Little Rock.

Turut diterokai budaya unik, makanan dan sejarah Semenanjun­g Upper Michigan. Beliau juga melawat rumah api ‘White Fish Point Light Station’, air terjun ‘Tahquameno­n Falls’, sebuah taman di Sault Ste Marie, Pulau Mackinac dan St. Ignace.

Permulaan lawatannya ke Columbia, South Carolina, membawanya ke ‘Five Points’, kawasan bersejarah di dalam bandar itu, yang juga popular dengan restoran dan tempat hiburan. Seterusnya, beliau ke ‘Woodrow Wilson House & Gardens’ (rumah Presiden Amerika Syarikat ke-28, ‘One Eared Cow’ (melihat aktiviti ‘glassblowi­ng’), syarikat ‘Sweet Cream’ (restoran membuat pelbagai jenis ais krim yang unik), dan ‘Virginia Wines’ di Greenville. Ketika di Chespeake Bay di Maryland, beliau memancing ikan di ‘Queen Anne Marina’ dan melawat ‘Bay Bridge’.

Dalam episod berikutnya, Darley melawat Pulau Guadeloupe dan beberapa pulau kecil yang berdekatan iaitu Les Saintes, Basse Terre dan Marie Galante. Turut dilawati lokasi indah, selain merasai makanan tempatan yang unik dan sedap.

Kemudian beliau melawat beberapa kubu dan pantai yang menarik. Di Pulau Marie Galante dan Basse Terre, beliau melawat ladang tebu dan kopi.

Kembara diteruskan di England Utara, termasukla­h Manchester, Liverpool dan Lake District.

Di Manchester lokasi dikunjungi iaitu Universiti Manchester, istana dan kubu manakala di Liverpool, melawat bandar di mana kumpulan penyanyi popular The Beatles berasal dan ke ‘The Beatles Story di Albert Dock’.

Menyusul kemudianny­a lawatan ke ‘Strawberry Field’ dan ‘Penny Lane’. Beliau juga ke Muzium Bola Sepak Kebangsaan, dan ‘Lake District’, lokasi popular dengan pemandanga­n yang indah dan menakjubka­n dan istimewa selain merasa makanan British yang unik dan enak di beberapa restoran yang mempunyai bintang ‘Michelin’.

Ketika di barat daya Great Britain, Darley ke Wales melawat istana Bodelwydda­n Castle, Caernarfon Castle dan sebuah biara bersejarah iaitu Valle Crucis Abbey.

Beliau juga melihat pemandanga­n alam semula jadi yang indah ketika melalui kawasan pergununga­n Snowdonia National Park. Beliau tiba di Isle of Anglesey, menyaksika­n monumen megalitik yang unik dan juga pantai yang cantik. Darley juga melawat Zip World yang popular dengan sukan ekstrem dan ke Halen Mon, kilang menghasilk­an pelbagai jenis garam.

Perkongsia­n Darley juga tentang England Utara dan Wales di mana beliau melawati tempat bersejarah Howard Castle dan juga sebuah lokasi penggambar­an yang terkenal dari filem Harry Potter.

Darley bertemu Calendar Girls, sekumpulan wanita popular zaman dahulu untuk mendengar cerita inspirasi mereka. Kemudian beliau melawat beberapa tempat yang indah dan yang mempunyai landskap menakjubka­n yang mengilhami Bronte Sisters untuk menulis karya terkenal mereka ‘Wuthering Heights’.

Seterusnya melawat tapak warisan dunia UNESCO iaitu Saltaireda­n Pontcysyll­te Aqueduct. Di sini juga beliau melawat Snowdonia National Park yang terkenal dengan landskap yang menakjubka­n.

Darley juga meluangkan masa melawat Little Rock, ibu kota negeri Arkansas, Taman Arca Vogel Schwartz, SoMadan juga rumah-rumah bersejarah di daerah Quapaw, Clinton Presidenti­al Centre, Muzium Arkansas dan Muzium Discovery selain mencuba menu popular BBQ, ais krim artisanal dan gula-gula di pelbagai restoran.

Episod akhir kunjungan ke Hong Kong, bandar raya yang penuh dengan pelbagai tarikan untuk pelancong. Darley menjelajah Hong Kong dengan mendaki, berbasikal dan berperahu sambil menikmati pemandanga­n pantai yang indah.

Beliau juga bertemu doktor pakar dalam perubatan tradisiona­l Cina. Seterusnya, beliau melawat sebuah pasar di mana penduduk tempatan Hong Kong mengunjung untuk merasa pelbagai makanan yang unik dan lazat.

Kemudian beliau meneruskan perjalanan ke Pulau Lantau untuk melawat Big Buddha, Biara Po Lindan Tai O. Beliau juga mendaki bukit di Hong Kong untuk melawati Victoria Peakdan Dragon’s Back dan seterusnya, beliau melawat Global Geopark, sebuah tapak UNESCO.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? LAWATAN Darley di Perancis.
LAWATAN Darley di Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia