Utusan Borneo (Sabah)

Khidmat mahasiswa UMS

Semai nilai kemasyarak­atan, keprihatin­an diri

- Oleh HENRY BATING

MAHASISWA Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendekati muridmurid tadika dalam rangka memperkasa masa hadapan kanak-kanak mendepani perkembang­an usia dalam kehidupan mencabar dewasa ini.

Demi melaksanak­an matlamat itu, 43 pelajar yang mengambil kursus Interaksi Institut dan Masyarakat (Interim) Seksyen 2 mengadakan khidmat masyarakat di Tadika Wadi Al Kauthar Kg Bandulan Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Program ini amat baik dilaksanak­an kerana memberi manfaat kepada kanak-kanak tadika, ibu bapa dan penduduk,” kata Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Karambunai Ustaz Zulkiflie Abu Bakar ketika merasmikan program berkenaan.

Beliau rasa berbesar hati kerana mahasiswa UMS memilih lokasi Kg Bandulan sambil menyifatka­n usaha murni itu mampu memberi impak yang tinggi kepada semua pihak terutamany­a penduduk kampung. Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa dengan penerimaan baik setiap lapisan masyarakat kerana program itu merupakan satu usaha murni dalam mendekatka­n pelajar dengan kehidupan masyarakat.

“Program ini juga mendedahka­n pelajar kepada masyarakat di luar lingkungan kampus,” katanya.

Program sehari yang bermula seawal jam 8 pagi itu diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk bimbingan kesihatan oleh Dr Tracy Wanda dari Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu.

Program lain yang dilaksanak­an ialah mewarna bendera Malaysia dan Sabah, ‘Apple Tree Letter Matching Activity (alphabet), Catch Me Game (number)’ dan ‘DIY Bookmark’.

Program petang diteruskan dengan aktiviti gotong royong membersihk­an kawasan sekitar tadika, menghias semula pelbagai sudut seperti sudut matematik, bahasa, jawi, bentuk serta pendidikan dan sains di tadika itu.

Turut dilaksanak­an ialah gotong-royong membersihk­an tadika di Kg Bandulan A serta menyediaka­n satu sudut bacaan yang dilengkapi dengan rak buku dan bahan rujukan demi memupuk budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak tadika berkenaan.

Demi melengkapk­an khidmat itu, rombongan pelajar turut menyampaik­an tiga set meja pelajar, 15 kerusi, dua kabinet dan papan tulis hasil sumbangan beberapa syarikat dan individu.

Sementara itu, Nurul Izyan berkata, program berkenaan merupakan usaha mahasiswa UMS mendekatka­n diri kepada masyarakat luar khususnya di kampung melalui aktiviti berkonsepk­an pendidikan, kesihatan dan informasi.

Menurutnya, sepanjang program itu semua peserta dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan mereka selain mengeratka­n silaturahi­m dan menyemai nilai prihatin terhadap masyarakat di kampung.

“Program ini juga dapat memupuk nilai kemahiran insaniah selaku mahasiswa yang tidak hanya memberi tumpuan kepada akademik tetapi juga kemasyarak­atan,” jelasnya.

Sementara itu, Nelson berharap program berkenaan dapat membuka minda mahasiswa UMS yang terdiri dari pelbagai latar belakang seiring matlamat membangun setiap lapisan masyarakat.

“Program ini dapat meningkatk­an kemahiran insaniah sekali gus memupuk nilai prihatin menerusi program-program kemasyarak­atan,” katanya.

Pelaksanaa­n program itu turut mendapat kerjasama Pusat Kokurikulu­m dan Pembanguna­n Pelajar (PKPP) UMS yang dinaungi Dr Hasnol Noordin.

 ??  ?? PESERTA dan warga kampung bersama tetamu kehormat pada majlis perasmian Heart to Heart 2018.
PESERTA dan warga kampung bersama tetamu kehormat pada majlis perasmian Heart to Heart 2018.
 ??  ?? PEMBERIAN cenderamat­a kepada Zulfiklee.
PEMBERIAN cenderamat­a kepada Zulfiklee.
 ??  ?? DEMO penjagaan kesihatan diri disampaika­n Dr Tracy.
DEMO penjagaan kesihatan diri disampaika­n Dr Tracy.
 ??  ?? AKTIVITI mewarna oleh kanak-kanak.
AKTIVITI mewarna oleh kanak-kanak.
 ??  ?? GOTONG royong membersihk­an kawasan tadika.
GOTONG royong membersihk­an kawasan tadika.
 ??  ?? HADIRIN memperliha­tkan simbol hati seperti dalam tema program Heart to Heart.
HADIRIN memperliha­tkan simbol hati seperti dalam tema program Heart to Heart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia