Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan Buckshot muncul juara

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ketua Bahagian Upko Beluran 2018

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Pasukan Buckshot muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ketua Bahagian Upko Beluran anjuran Ketua Pemuda Upko Cawangan Kampung Wonod dan Kampung Lumou di padang Kg Wonod dekat sini, pada Sabtu.

Naib johan dimenangi pasukan KBOS FT manakala tempat ke-3 dan ke-4 masingmasi­ng dimenangi pasukan KBOS Junior FT dan Alliace Team.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur, Moris Kiun berkata kejohanan yang pertama kali dianjurkan itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan 19 pasukan dari sekitar daerah Telupid dan Beluran.

Katanya, pihak AJK Penganjur merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada khasnya kepada Ketua Bahagian Upko Beluran, Felix Joseph Saang kerana memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menyelaras dan menganjurk­an kejohanan tersebut.

Menurutnya, para belia perlu melibatkan diri dalam program sukan seumpamany­a untuk mengisi masa terluang, selain membantu menghindar­kan diri dari gejala sosial yang tidak sihat serta menjadikan program tersebut sebagai medium mengeratka­n perpaduan yang sedia terjalin.

Berucap merasmikan kejohanan itu, Felix turut menyerumas­yarakatset­empat khasnya golongan belia agar sentiasa bergiat aktif dalam kegiatan sukan terutamany­a dalam permainan bola sepak.

Katanya, penglibata­n aktif golongan belia dalam apa juga acara sukan bukan sahaja boleh melahirkan individu sihat dan berdisipli­n, malah ia mampu mewujudkan kerjasama dan semangat kesukanan, sekali gus memantapka­n lagi hubungan silaturahi­m dan persefaham­an dalam kalangan semua pihak yang terlibat.

Menurutnya, pihak kerajaan juga sentiasa menggalakk­an masyarakat agar merealisas­ikan hasrat mewujudkan rakyat berbudaya sukan kerana

sukan merupakan medium terpenting ke arah memupuk perpaduan masyarakat, selain membantu mewujudkan pelbagai peluang ekonomi melalui pembanguna­n sukan atau penganjura­n kejohanan.

“Saya berharap program penganjura­n kejohanan seumpamany­a terus diadakan pada masa akan datang

dalam usaha mencungkil dan mengasah bakat para belia khasnya di kawasan Telupid untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda Upko Bahagian Beluran, Tommy Amir yang juga Presiden Kelab Sukan daerah Telupid (Kastel).

Saya berharap program penganjura­n kejohanan seumpamany­a terus diadakan pada masa akan datang dalam usaha mencungkil dan mengasah bakat para belia khasnya di kawasan Telupid untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.

MORIS KIUN Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur

 ??  ?? FELIX Joseph (lima kanan) menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n Moris Kiun sambil diperhatik­an Tommy Amir (tiga kiri) dan para tetamu jemputan.
FELIX Joseph (lima kanan) menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n Moris Kiun sambil diperhatik­an Tommy Amir (tiga kiri) dan para tetamu jemputan.
 ??  ?? PASUKAN Buckshot muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ketua Bahagian Upko Beluran 2018.
PASUKAN Buckshot muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ketua Bahagian Upko Beluran 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia