Utusan Borneo (Sabah)

Sains Sukan juara keseluruha­n Piala Dekan

-

KOTA KINABALU: Pasukan Sains Sukan muncul juara keseluruha­n Kejohanan Piala Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan 2018 yang berlangsun­g di Universiti Malaysia Sabah (UMS) barubaru ini.

Pasukan ini memperoleh­i 5 emas dan 1 perak untuk kesemua acara sukan yang dipertandi­ngkan pada kejohanan tiga hari berkenaan.

Antara sukan yang dipertandi­ngkan ialah futsal lelaki dan wanita, bola tampar lelaki dan wanita serta bola jaring.

Perlawanan akhir futsal kategori lelaki antara pasukan Sains Sukan dan Kerja Sosial berakhir dengan keputusan 2-1.

Bagi futsal kategori perempuan pula, keputusan akhir ialah 6-0 selepas pasukan Sains Sukan mengalahka­n pasukan Industri Organisasi.

Pasukan Industri Organisasi terpaksa akur selepas tewas 25-23 pada set pertama dan 27-25 pada set kedua dengan pasukan Sains Sukan kategori lelaki dalam sukan bola tampar.

Keputusan bagi sukan bola tampar kategori wanita antara pasukan Sains Sukan dan pasukan Industri Organisasi peringkat akhir adalah 21-7.

Manakala sukan bola jaring pula, pertemuan antara pasukan Sains Sukan Junior dan senior di peringkat akhir berkesudah­an dengan keputusan 7-6 selepas pasukan Sains Sukan Junior mengalahka­n pasukan Sains Sukan Senior.

Kejohanan Piala Dekan ini bermula sejak 2015 dan dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Psikologi dan Pendidikan (PERMAPS) buat kali ke-4.

Dalam pada itu pengarah program kejohanan Chorysiah Anak Empati berkata, objektif kejohanan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratka­n lagi hubungan mahasiswa agar dapat mewujudkan suasana harmoni dan kesatuan Fakulti Psikologi dan Pendidikan.

Seramai 200 pelajar terlibat dalam kejohanan ini di mana acara penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Prof Dr. Hj Mohd Dahlan Hj A.Malek selaku dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan.

 ??  ?? PESERTA merakamkan gambar kenangan.
PESERTA merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? JOHAN futsal kategori lelaki.
JOHAN futsal kategori lelaki.
 ??  ?? JOHAN bola jaring.
JOHAN bola jaring.
 ??  ?? JOHAN bola tampar kategori lelaki.
JOHAN bola tampar kategori lelaki.
 ??  ?? PASUKAN Sains Sukan bergambar bersama piala kejohanan.
PASUKAN Sains Sukan bergambar bersama piala kejohanan.
 ??  ?? JOHAN futsal kategori wanita.
JOHAN futsal kategori wanita.
 ??  ?? JOHAN bola tampar kategori wanita.
JOHAN bola tampar kategori wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia