Utusan Borneo (Sabah)

Eddy sasar buru pingat emas negara

Kejayaan meraih emas Sukan Para Asia Jakarta 2018 membakar semangat

- Oleh YUSOP TEPPO

ATLET paralimpik negara, Eddy Bernard memasang impian untuk beraksi bagi memburu emas di Sukan Para ASEAN Manila 2019 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Eddy memenangi pingat emas lompat jauh T44 T62/64 (cacat anggota kaki) lelaki dengan catatan 6.30 meter di Sukan Para Asia Jakarta 2018.

Beliau telah mengetepik­an Maththaka Gamage Nuwan Indika dari Sri Lanka (6.09m) manakala atlet tuan rumah, Rasyidi Rasyidi dengan 6.05m meraih gangsa.

Atlet para berusia 17 tahun itu juga berpuas hati kerana berjaya memecahkan rekod baharu kejohanan sekaligus mengatasi catatan lama peribadi acara lompat jauh yang dimenangin­ya pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.

Penampilan sulung Eddy dalam Sukan Para Asia Jakarta 2018 pasti akan menjadi kenangan manis sepanjang hayatnya dan rakyat Malaysia apabila dia berjaya melengkapk­an sasaran 15 emas Malaysia dengan menghadiah­kan emas ke-15.

Malaysia menamatkan cabaran Sukan Para Asia Jakarta 2018 di kedudukan kelapan dengan meraih 17 emas, 26 perak dan 25 gangsa, sekali gus mengatasi pencapaian pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dengan kutipan 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa.

Eddy ketika ditemui di kediamanny­a di Pekan Beluran, berkata dia lebih tenang ketika beraksi dalam acara lompat jauh kerana hanya empat peserta menyertain­ya.

“Saya sangat gembira selepas memenangi pingat emas itu. Ini penampilan pertama saya dalam Sukan Para Asia dan kemenangan ini untuk negara dan negeri Sabah.

“Ini adalah pencapaian terbaik saya dan saya mahu hadiahkan pingat emas ini untuk keluarga dan jurulatih yang banyak membantu saya sehingga berjaya di Sukan Para Asia Jakarta 2018,” katanya.

Tetapi beliau sedikit kecewa selepas gagal meraih pingat dalam acara 100 meter yang disertainy­a dalam kejohanan di Jakarta selepas hanya berada tempat ke-5 di peringkat saringan pertama.

“Saya pada masa itu agak gemuruh. Tetapi saya akan berusaha memperbaik­i kegagalan saya sekiranya dibagi peluang lagi untuk menyertai acara 100 mewakili negara,” jelasnya.

Sebelum ini, Eddy merupakan penyumbang pingat emas kepada negara dimana meraih dua pingat emas menerusi acara 100 meter dan lompat jauh T37 Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017).

Beliau juga turut memenangi dua pingat emas di Asian Youth Para Games - Dubai 2017 melalui acara yang sama.

Eddy menceritak­an bermula langkahnya sebagai atlet paralimpik pada tahun 2016 di mana ketika menyertai sukan sekolahsek­olah bahagian sebelum diserap masuk mewakili negeri Sabah ke Sukan Paralimpik di Kuching, Sarawak dan berjaya meraih pingat emas bagi acara 100 meter, pingat perak acara lompat jauh dan gangsa acara 200 meter.

“Saya tidak menyangka yang saya boleh bersaing dan memperoleh­i pingat dalam kejohanan itu. Tetepi berkat sokongan padu keluarga, jurulatih dan rakan-rakan.. saya membuktika­n kepada mereka yang saya juga boleh melakukan sekaligus mengutip emas,” jelasnya.

EDDY BUKTIKAN KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, kejayaan tersebut membuktika­n orang kurang upaya (OKU) juga mampu menyumbang kepada kejayaan negara melalui sukan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Eddy yang mengalami masalah palsi serebrum merupakan salah seorang atlet para yang sentiasa mengukir dalam sukan paralimpik dengan mengharumk­an nama negara dan negeri Sabah di peringkat antarabang­sa.

Beliau memberitah­u penulis, sekiranya kita berusaha bersungguh­sungguh dengan apa yang kita lakukan sudah pasti kita akan memperoleh­i kejayaan.

“Bagi saya, sekiranya kita tiada azam dan kesungguha­n, kejayaan tidak akan datang bergolek. Amat penting bagi saya, adalah usaha dan meletakkan diri seiring dengan rakan-rakan lain yang normal.

“Kita ketepikan kekurangan ada pada diri sebaliknya kita buktikan kebolehan diri untuk menyumbang kepada kejayaan negara. Ini yang ada pada diri saya, terbukti saya juga boleh berjaya dengan memperoleh­i pingat emas di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Kejayaan Eddy sebagai atlet paralimpik negara dalam beberapa Sukan Paralimpik telah

membuka mata pelbagai pihak mengenai keistimewa­an dimiliki mereka, malah turut memberi harapan baharu kepada murid-murid pendidikan khas khususnya di negeri Sabah.

Beliau meraih pingat emas dalam temasya Sukan Para Asia Jakarta 2018, Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dan Asian Youth Para Games - Dubai 2017 membuka mata ibu bapa anak-anak di sekolah pendidikan khas untuk menceburka­n diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulu­m.

Eddy yang baharu lepas menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran berhasrat untuk memasuki sekolah sukan bagi mengejar cita-citanya dan berjaya dalam bidang sukan.

“Saya tahu, ramai yang menyokong apa yang saya lakukan terutamany­a ibu bapa, abang dan kakak serta keluarga, guru-guru dan rakan-rakan saya,”katanya.

LATIHAN AKAN DITERUSKAN

Eddy berazam meneruskan latihan serta memperbaik­i prestasi sebagai persiapan menyertai acara lompat jauh dan 100 meter Sukan Para ASEAN Manila 2019 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Saya tidak akan berhenti berlatih untuk memastikan dirinya layak untuk menyertai kedua-dua kejohanan itu nanti.

“Proses persiapan melalui beberapa fasa bermula Januari tahun depan termasuk latihan spesifik. Untuk sesi latihan pula, saya akan berusaha melakukan catatan terbaik,’ katanya.

Tetapi, beliau berkata buat masa ini dia akan memberi tumpuan dan meluangkan masa pada keluarga apatah lagi pada 25 Disember ini adalah sambutan hari krismas. “Saya mahu bersama keluarga dan melepaskan kerinduan bersama mereka kerana sebelum ini saya banyak menumpukan masa menjalani latihan di padang balapan dan menyertai kejohanan serta sesi persekolah­an,” katanya.

Selepas balik dari ke Sukan Para Asia Jakarta 2018, beliau memberitah­u hanya menjalani latihan ringan di rumah dan pergi memancing bersama kakak sulung dan dua abangnya.

“Kerana hobi kami adikberadi­k sama, jadi kami akan melakukann­ya bersama dan turun memancing ke Jeti Pekan Beluran. Ini akan mengeratka­n lagi hubungan dan kasih sayang kami adik beradik,” katanya.

Sementara itu, Bernard Ingkiu, 42 tahun, yang bertugas di Pejabat Daerah Beluran, berbangga dengan pencapaian cemerlang yang diraih anaknya pada temasya sukan berkenaan.

Beliau turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada jurulatih dan pihak yang terlibat membantu anaknya mencapai kejayaan itu.

Ibunya, Rufina Egoh ,49, melahirkan rasa gembira dengan usaha kejayaan anak bungsunya yang disifatkan sangat luar biasa.

“Saya dan suami serta tiga kakak, dua abang Eddy dan keluarga akan sentiasa memberi sokongan moral terhadap dia agar lebih berjaya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? EDDY memakai kasut sebelum memulakan larian 100 Sukan di temasya Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.
EDDY yang memenangi pingat emas acara lompat jauh T44 T62/64 (cacat anggota kaki) lelaki Sukan Para Asia Jakarta 2018 bergambar bersama Maththaka Gamage Nuwan Indika dari Sri Lanka (perak) dan atlet tuan rumah sebelah kiri, Rasyidi Rasyidi (gangsa). EMAS, Eddy Bernard.
EDDY memakai kasut sebelum memulakan larian 100 Sukan di temasya Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. EDDY yang memenangi pingat emas acara lompat jauh T44 T62/64 (cacat anggota kaki) lelaki Sukan Para Asia Jakarta 2018 bergambar bersama Maththaka Gamage Nuwan Indika dari Sri Lanka (perak) dan atlet tuan rumah sebelah kiri, Rasyidi Rasyidi (gangsa). EMAS, Eddy Bernard.
 ??  ??
 ??  ?? EDDY bersama ibu, Rufina dan tiga kakaknya, Ranika (kiri), Morin dan Rani (kanan) berkongsi cerita pingat emas mengenai kejayaanny­a.
EDDY bersama ibu, Rufina dan tiga kakaknya, Ranika (kiri), Morin dan Rani (kanan) berkongsi cerita pingat emas mengenai kejayaanny­a.
 ??  ?? EDDY menunjukka­n pingat emas kepada ayah, Bernard dan ibunya, Rufina selepas tiba di Lapangan Terbang Sandakan dari Sukan Para Asia Jakarta 2018.
EDDY menunjukka­n pingat emas kepada ayah, Bernard dan ibunya, Rufina selepas tiba di Lapangan Terbang Sandakan dari Sukan Para Asia Jakarta 2018.
 ??  ?? EDDY sumbang emas ke-15 team Malaysia.
EDDY sumbang emas ke-15 team Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia