Utusan Borneo (Sabah)

ESH diteruskan, jumlah belum ditentukan

-

GEORGE TOWN: Kerajaan masih belum memutuskan jumlah Pemberian Elaun Sara Hidup (ESH) bulanan yang akan diberikan pada tahun depan kepada seramai 41,000 nelayan di negara ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani telah memberi jaminan bahawa pemberian ESH itu akan dikekalkan untuk tahun depan namun jumlahnya masih belum diputuskan lagi.

“Sekiranya jumlahnya (ESH) terpaksa dikurangka­n akibat kekangan kewangan negara, harap-harap jumlah munasabah,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Pelabuhan LKIM di Batu Maung pada Isnin.

Tambahnya, pihaknya sedang berbincang dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Kementeria­n Kewangan untuk menentukan satu jumlah yang sesuai diberikan kepada para nelayan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kebimbanga­n para nelayan mengenai ESH yang tidak diumumkan oleh kerajaan dalam pembentang­an Belanjawan 2019.

Muhammad Faiz berkata selepas proses pemutihan yang dilakukan sejak Jun lepas, hanya golongan nelayan tulen yang memenuhi kriteria ditetapkan LKIM sahaja akan menerima bantuan berkenaan antaranya mereka perlu turun ke laut lebih daripada 120 hari dalam setahun.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berkata setakat ini, 41,000 nelayan termasuk 2,706 nelayan Pulau Pinang telah dikenalpas­ti akan menerima E S H pada tahun depan selepas melalui proses pemutihan.

Beliau berkata selain insentif ESH, dua lagi insentif khas kepada golongan nelayan iaitu subsidi minyak dan elaun hasil tangkapan juga akan diteruskan oleh kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia