Utusan Borneo (Sabah)

Wallet OTTIPUS baharu, kad prabayar Visa GoCashless untuk masyarakat Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Dynamic Developmen­t & Exchange (DDE) telah memterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan Ottigo Sdn Bhd (Ottigo) untuk bekerjasam­a mempromosi­kan penyelesai­an pembayaran digital di Sabah.

DDE diwakili Pengerusi Azlin Awang Chee manakala Ottigo diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Christophe­r Loh.

Majlis MoU itu turut disaksikan oleh Naib Pengerusi DDE Johnny Liau dan Ketua Pegawai Pemasaran Ottigo Dato’ Kekvin Wong.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi DDE Alex Lyn dan Pengarah Urusan DDE Florence Liew.

Semasa acara menandatan­gani perjanjian itu, Ottigo juga mengumumka­n pelancaran aplikasi wallet mudah alih yang baharu dipanggil OTTIPUS (disebut sebagai O-T-purse) dan kad prabayar Visa GoCashless.

Wallet OTTIPUS adalah aplikasi pembayaran pendahulua­n yang disokong oleh teknologi blockchain, sebagai alat untuk mempromosi­kan pembayaran tanpa tunai di Malaysia.

Walaupun ia membolehka­n pelanggan membuat pembelian secara dalam talian, membuat pembayaran di peruncitan, membuat bayaran untuk bil utiliti, ia juga membolehka­n pelanggan terlebih dahulu untuk berdagang untuk mata wang crypto pada peringkat kemudian.

Kad prabayar Visa GoCashless adalah alat mudah untuk pembayaran tanpa tunai serta membeli-belah dalam talian sama ada di dalam atau di luar negara.

Pada masa yang sama, ia boleh dikaitkan dengan aplikasi mudah alih OTTIPUS yang membolehka­n pelanggan menikmati kemudahan pembayaran digital.

Kad prabayar itu juga boleh digunakan di mana-mana ATM Visa di seluruh dunia untuk pengeluara­n tunai.

Dengan gabungan aplikasi mudah alih OTTIPUS dan Kad Prabayar Visa GoCashless, ia akan memberi keselesaan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran pada bilabila masa di mana-mana tanpa wang tunai.

 ??  ?? AZLIN (tiga dari kanan) dan Christophe­r (tiga dari kiri) bertukar dokumen yang telah dimeterai bersama, diperhatik­an oleh Johnny, Kelvin, Alex dan Florence.
AZLIN (tiga dari kanan) dan Christophe­r (tiga dari kiri) bertukar dokumen yang telah dimeterai bersama, diperhatik­an oleh Johnny, Kelvin, Alex dan Florence.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia