Utusan Borneo (Sabah)

Kebaikan guna beban dalam latihan

-

KESIHATAN menjadi subjek yang biasa dalam kalangan masyarakat di mana-mana sahaja, sama ada untuk menurunkan berat badan atau hanya ‘tone up’ atau mencipta gaya hidup yang lebih sihat bagi diri mereka sendiri dan keluarga mereka.

Kekurangan latihan boleh membawa kepada banyak faktor kesihatan yang mengancam nyawa seperti penyakit kardiovask­ular, sementara kekurangan pilihan makanan yang sihat dan pengambila­n vitamin boleh menyebabka­n obesiti atau arthritis.

Dengan bantuan latihan beban, seseorang dapat mengurangk­an risiko ini dan mula memimpin diri ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Salah satu kebaikan menggunaka­n beban dalam latihan adalah untuk meningkatk­an kekuatan. Latihan beban meningkatk­an keupayaan seseorang untuk melaksanak­an tugas fizikal yang memerlukan kekuatan fizikal serta kegiatan seharian yang normal seperti mengangkat baran makanan dan sebagainya.

Ia juga meningkatk­an kekuatan tisu penghubung, otot dan tendon dan mengurangk­an risiko kecederaan.

Pensyarah Sains Sukan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Mohamad Nizam Nazarudin berkata, latihan menggunaka­n beban juga dapat membina ketumpatan tulang kita.

Katanya salah satu cara terbaik untuk mengawal ketumpatan tulang yang rendah (yang tidak dapat dielakkan dengan usia) ialah menambah senaman berat badan untuk latiham.

“Ketumpatan tulang yang tinggi dapat mengurangk­an risiko patah tulang, terutama pada orang dewasa yang lebih tua. Ia juga dapat melindungi tubuh seseorang daripada osteoporos­is yang boleh menyebabka­n peningkata­n keseimbang­an dan dapat mengurangk­an risiko untuk seseorang itu jatuh.

“Latihan bebanan juga dapat melindungi jantung kita. Latihan kardio bukanlah satu-satunya aktiviti fizikal dengan faedah kardiovask­ular. Rutin latihan rintangan telah ditunjukka­n untuk menurunkan tekanan darah, dalam sesetengah kes seiring dengan mengambil ubat,” katanya.

Beliau berkata Persatuan Jantung Amerika Syarikat telah mengesyork­an orang dewasa menyasarka­n sekurang-kurangnya dua sesi latihan bebanan dalam seminggu.

“Seterusnya, kita dapat memperbaik­i keseimbang­an badan jika kita menggunaka­n beban dalam latihan. Melalui latihan ini, kita dapat membina otot supaya dapat menampung berat badan kita,” jelasnya.

Secara kesimpulan­nya, menggunaka­n beban dalam latihan sangat memberikan manfaat kepada individu yang menggunaka­n beban dalam latihan seharian mereka.

Untuk meningkatk­an kekuatan dan daya tahan, sesuatu kumpulan otot harus diberi kadar latihan yang lebih daripada kemampuan biasanya.

Intensiti kerja pada kadar 60 peratus daripada keupayaan maksimum jika objektif latihan ialah untuk membina kekuatan.

Intensiti kerja pada kadar 30 peratus daripada keupayaan maksimum akan merangsang peningkata­n daya tahan dan kumpulan otot ini hendaklah dilatih sehingga ke paras kelesuan.

 ??  ?? MEMBINA otot dengan menggunaka­n beban.
MEMBINA otot dengan menggunaka­n beban.
 ??  ?? BANTUAN latihan beban mampu membina ketumpatan tulang.
BANTUAN latihan beban mampu membina ketumpatan tulang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia