Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Natal HQE meriah

-

WALAUPUN dirai sederhana, sambutan perayaan Hari Natal Peringkat Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu anjuran Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un Sabah Cawangan HQE nyata meriah dan penuh bermakna apabila dirai bersama semua anggota tanpa mengira agama dan kaum.

Pengarah HQE Dr William Gotulis berkata, amalan berhimpun dihadiri bersama kalangan ketua jabatan, pegawai perubatan serta seluruh kakitangan hospital khususnya di sambutan Hari Natal Peringkat HQE memberi banyak manafaat kepada organisasi.

“Selain memupuk ikatan kekeluarga­an antara kakitangan, sambutan Hari Natal yang dianjurkan secara langsung membentuk sikap setiap warga hospital terus aktif, produktif dan inovatif, yang akhirnya mempengaru­hi misi serta agenda dalam meningkata­n mutu penyampaia­n perkhidmat­an hospital,” katanya.

Jelasnya sambutan dan amalan merayakan sambutan Hari Natal yang dianjurkan bukan sahaja membentuk hubungan yang lebih erat kalangan anggota malah menjadi platform bagi membentuk semangat kehormonia­n, setiakawan sekaligus mempengaru­hi serta mengukuhka­n amalan kerja berpasukan peringkat unit, bahagian dan jabatan.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan sambutan Hari Natal Peringkat HQE bertempat di ruang legar Menara Berkembar HQE, pagi Khamis.

Sambutan dimulakan dan diserikan dengan persembaha­n ‘carolling’ daripada Kumpulan Koir St Thresa, Tambunan serta persembaha­n koir daripada kalangan warga kerja hospital.

Turut menjadi tumpuan sepanjang sambutan berlangsun­g adalah Pertanding­an Gubahan Pokok Krismas dan Palungan daripada unit dan jabatan berkonsepk­an bahan barangan terpakai mengikut gaya menarik dan kreativiti masing-masing.

Hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarah Klinikal II Dr Irene Chau, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Jasnawati Jasmin serta Jackson Taguah selaku pengerusi sambutan Hari Natal peringkat hospital itu.

 ??  ?? (Gambar atas) SEBAHAGIAN daripada anggota pelbagai unit dan bahagian hadir memeriahka­n suasana perayaan Hari Natal HQE.
(Gambar kiri) DR William (tengah), Dr Irene, Jasnawati (kiri) dan Jackson (dua kanan) memotong kek bersama sempena meraikan sambutan Hari Natal peringkat HQE.
(Gambar atas) SEBAHAGIAN daripada anggota pelbagai unit dan bahagian hadir memeriahka­n suasana perayaan Hari Natal HQE. (Gambar kiri) DR William (tengah), Dr Irene, Jasnawati (kiri) dan Jackson (dua kanan) memotong kek bersama sempena meraikan sambutan Hari Natal peringkat HQE.
 ??  ?? SAMBUTAN diserikan dengan persembaha­n koir daripada kalangan warga kerja hospital daripada pelbagai unit dan jabatan.
SAMBUTAN diserikan dengan persembaha­n koir daripada kalangan warga kerja hospital daripada pelbagai unit dan jabatan.
 ??  ??
 ??  ?? UNIT Khidmat Pelanggan HQE antara unit yang menyertai Pertanding­an Gubahan Pokok Krismas dan Palungan.
UNIT Khidmat Pelanggan HQE antara unit yang menyertai Pertanding­an Gubahan Pokok Krismas dan Palungan.
 ??  ?? DR William (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Santa Claus di ruang tapak pelancaran sambutan Hari Natal HQE.
DR William (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Santa Claus di ruang tapak pelancaran sambutan Hari Natal HQE.
 ??  ?? PERTANDING­AN Gubahan Pokok Krismas dan Palungan daripada unit dan jabatan antara yang menarik sepanjang sambutan.
PERTANDING­AN Gubahan Pokok Krismas dan Palungan daripada unit dan jabatan antara yang menarik sepanjang sambutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia