Utusan Borneo (Sabah)

Tuduhan seksual dua kanak-kanak, lelaki diarah bela diri 20 Feb

Tuduhan seksual dua kanak-kanak perempuan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki diperintah­kan membela diri pada 20 Februari tahun depan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu terhadap Tai Yun Kong, 55, setelah di akhir pendakwaan, pihak pendakwa berjaya membuktika­n kes prima facie ke atasnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap dua kanak-kanak yang masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun.

Kesalahan dilakukan pada 19 November 2017 jam 4 hingga 5 petang di sebuah kondominiu­m, Taman Nelly, Kolombong, Inanam.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, boleh dikenakan penjara selama 20 tahun dan sebatan.

Keputusan itu dibacakan oleh Mahkamah Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim.

Sepanjang perbicaraa­n kes pada peringkat pendakwaan sebelum ini, 10 saksi dipanggil bagi memberikan keterangan.

Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip bertindak untuk pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam Yong Pey Yi dan Dicky Lo Vui Shiong.

Sementara itu, tertuduh sebelum ini dibebaskan tanpa dilepaskan atas pertuduhan sama melakukan kesalahan terbabit terhadap mangsa berusia 10 tahun.

Keputusan itu dilakukan selepas saksi kesembilan gagal hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Sepanjang perbicaraa­n kes pada peringkat pendakwaan, lapan saksi dipanggil memberi keterangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia