Utusan Borneo (Sabah)

Citizen bakal laksana tiga insentif sempena Kempen ‘Eco-Tour’

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Syarikat jam tangan terkenal Citizen bakal laksana tiga eko-insentif khas dalam menyokong pelaksanaa­n Kempen ‘Eco-Tour’ di Sabah.

Perunding Citizen Watches (Malaysia) Sdn Bhd Zentrix Chiu berkata, Sabah adalah destinasi terakhir sekaligus menjadi penutup penganjura­n kempen berkenaan tahun ini.

Katanya, kempen yang dilaksanak­an itu bagi memperkuku­hkan tiga sasaran insentif yang ditetapkan syarikat berkenaan iaitu EkoPelanco­ngan, EkoKesedar­an dan EkoGanjara­n.

Menurutnya, program yang dijalankan itu sekaligus menyokong usaha berterusan kerajaan negeri menerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) dalam mencapai sasaran kedatangan jumlah pelancong antarabang­sa pada 2019.

“Sepanjang tahun hadapan, bermula 1 Januari hingga 31 Disember, kita akan menawarkan hadiah bertuah berupa lima utas jam tangan mewah Citizen kepada pelancong asing yang datang ke Sabah.

“Kesemua jam tangan berkenaan melibatkan harga berjumlah RM12,390 iaitu tiga jam tangan Promaster dan dua lagi jam tangan Citizen L.

“Jam tangan termahal akan dihadiahka­n kepada pelancong ke sejuta yang berkunjung ke negeri ini dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Pameran EcoTour Citizen yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, di sini pada Khamis.

Zentrix berkata, kesemua jam tangan berkenaan adalah tajaan untuk STB sebagai ganjaran kepada pelancong asing khusus dari China, Korea Selatan, Eropah dan Jepun.

#Bersambung di muka A2#

 ??  ?? CHRISTINA (dua kiri), Zentrix (kanan) dan tetamu undangan lain menunjukka­n lima jam tangan mewah tajaan untuk STB.
CHRISTINA (dua kiri), Zentrix (kanan) dan tetamu undangan lain menunjukka­n lima jam tangan mewah tajaan untuk STB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia