Utusan Borneo (Sabah)

Seorang lelaki ketahui nasib 29 Januari, lakukan khianat

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki akan mengetahui nasibnya pada 29 Januari tahun depan di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan melakukan khianat sehingga mengakibat­kan kerugian RM5,500 terhadap seorang wanita.

Majistret Afiq Agoes membuat keputusan itu terhadap Lo Chew Choi, 44, selepas kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Tertuduh akan mengetahui nasibnya sama ada dipanggil membela diri atas pertuduhan terbabit, atau sebaliknya.

Jika diperintah­kan membela diri, tertuduh diarahkan membela dirinya pada tarikh berkenaan.

Majistret membenarka­n tertuduh yang bekerja sebagai kontraktor itu dikenakan ikat jamin RM2,200 beserta dua penjamin tempatan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu pada 15 Disember tahun ini jam 11.30 malam di lot 57 Lorong Jaya tiga, Taman Kobusak.

Pengadu membuat laporan bahawa tertuduh melakukan kerosakan ke atas seluruh badan kenderaan milik ibu mertuanya, serta memecahkan cermin rumah hadapan.

Bagaimanap­un, pengadu yang hadir di mahkamah ketika pendakwaan itu menarik balik dakwaan atas sebab tertuduh adalah kenalan rapat keluargany­a yang terjalin selama 20 tahun dan masih memiliki tanggungan.

Jika sabit salah, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pengawai Pendakwara­ya Cif Inspektor Lim Swee Beng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia