Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara 12 bulan lupus harta curi

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melupuskan harta curi milik seorang lelaki lain.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Dicky Pajon, 35, dan memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh ditangkap iaitu 3 November lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh dengan sengaja melupuskan harta curi berupa sebuah motosikal milik Mohammad Adlan Migin, 42.

Kesalahan dilakukan pada 13 Disember jam 1.30 petang di rumah nombor 48 Lorong 15 Fasa Tiga, Taman Kuala Manggatal.

Pengadu membuat laporan polis pada 3 November yang menyatakan motosikal Honda berwarna oren kepunyaann­ya itu hilang dari parkir rumah yang disyaki telah dicuri.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Suzie @Stephanie Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 48 tahun didenda RM25 atau satu minggu penjara oleh mahkamah yang sama atas kesalahan berkelakua­n dengan niat menganggu ketenteram­an awam.

Aizat menjatuhka­n hukuman itu terhadap Choo Min Choi selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 8 (1)(e) Ordinan KesalahanK­esalahan Kecil Negeri Sabah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Disember di bangunan Wafiqah Enterprise Kampung Air, di sini.

Pengadu dimaklumka­n oleh ibunya bahawa dua kamera litar tertutup di kedainya rosak.

Pengadu kemudian membuat semakan dan mendapati individu yang dikenali (tertuduh) merosakkan kamera itu menggunaka­n sebatang kayu pada jam 4.59 pagi pada tarikh kejadian.

Majistret juga memerintah­kan tertuduh membayar ganti rugi kerosakan kepada pengadu berjumlahR­M500ataupe­njara tiga minggu sekiranya gagal membuat pembayaran.

 ??  ?? CHOO (tengah) sambil diiringi anggota polis keluar dari balai mahkamah selepas selesai perbicaraa­n.
CHOO (tengah) sambil diiringi anggota polis keluar dari balai mahkamah selepas selesai perbicaraa­n.
 ??  ?? DICKY (kiri) keluar dari balai mahkamah sambil diiringi oleh anggota polis yang bertugas.
DICKY (kiri) keluar dari balai mahkamah sambil diiringi oleh anggota polis yang bertugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia