Utusan Borneo (Sabah)

Miliki dua telefon curi, lelaki dipenjara 12 bulan

-

KOTA KINABALU: Garagara memiliki dua telefon bimbit curi, seorang lelaki berusia 20 tahun dikenakan penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret, di sini.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Ikmal Izwan Norisham dan memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 15 Disember lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Ikmal didapati memiliki harta curi iaitu dua telefon bimbit kepunyaan seorang wanita pada 15 Disember jam 4 pagi di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Tertuduhbo­lehdikenak­an hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagaimanap­un, tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an ia adalah kesalahan pertamanya. Pendakwaan dikendalik­an oleh Pengawai Pendakwara­ya Cif Inspektor Lim Swee Beng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam mahkamah yang sama, seorang lelaki berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memindahka­n harta curi berupa besi kabel jack.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 14 Disember tahun ini jam 11 pagi di sebuah premis di Penampang.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret kemudian menetapkan 7 Januari tahun depan bagi tarikh pengurusan kes dan membenarka­n ikat jamin tertuduhse­banyakRM4,000 beserta dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia