Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh penulis terima anugerah

Penghargaa­n Perwila kerana berjaya terbitkan buku sendiri

- (kiri) menyerahka­n sumbangan DBP Sabah kepada Othman sambil diperhatik­an Aminah.

LABUAN: Tujuh penulis yang aktif dan telah berjaya menghasil dan menerbitka­n buku sendiri menerima Anugerah Khas dan penghargaa­n daripada Persatuan Penulis Wilayah Persekutua­n Labuan (Perwila).

Majlis penyampaia­n anugerah dan penghargaa­n itu disempurna­kan oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah Aminah Awang Besar sempena Program Gerakan Dekad Bahasa dan Sastera serta Malam Apresiasi Bahasa dan Pustaka peringkat Labuan di Menara Perbadanan Labuan.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKPP) Perbadanan Labuan Mahathir Abdul Hamid mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad dan Ketua Satu Perwila Labuan Haji Othman Mahali.

Mereka yang menerima anugerah khas itu ialah Ketua Satu Perwila Haji Othman Mahali yang telah menulis novel berjudul ‘Cinta Tania’, Dr Rafidah Mohamad melalui buku terbitan buku Kumpulan Cerpen yang bertajuk ‘Lampu Putih Kedua Belas’ dan Masmah Mohd Ali @ Norgadis Labuan penulis Kumpulan Puisi berjudul ‘Mawar Merah’.

Turut menerima anugerah khas pada majlis itu ialah Haji Suhaili Bakar @Suili Anak Negeri Sarawak penulis dengan menerbitka­n Kumpulan Puisi sendiri yang berjudul ‘Membongkok Senja Tua’, Sani La Bise yang berjaya menerbitka­n kumpulan puisi berjudul ‘Sedetik Ini’, Mohd Syaifudin Duakim Abdullah atau nama penanya Adie Achim atas kejayaanny­a menerbitka­n kumpulan puisi berjudul ‘Raikan Hidup’.

Sementara itu, Perwila turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Aizamin Abdul Aziz atas sumbangan beliau sebagai Ahli Jawatankua­sa Perwila sejak tahun 2015.

Aizamin yang bertugas di Kolej Matrikulas­i Labuan (KML) akan bertukar tugas ke Kolej Matrikulas­i Sarawak awal bulan depan.

Pada majlis itu, DBP Sabah turut menyerahka­n sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Perwila.

Selain penyampaia­n anugerah dan sumbangan, turut diadakan lafaz ‘Ikrar Setia Bahasa’, Persembaha­n Pengkisaha­n Kenegaraan serta persembaha­n kesenian dan kebudayaan.

 ??  ?? MAHATHIR
MAHATHIR
 ??  ?? PENERIMA Anugerah Khas Perwila bergambar kenangan bersama Aminah (empat dari kanan) dan Mahathir (tengah).
PENERIMA Anugerah Khas Perwila bergambar kenangan bersama Aminah (empat dari kanan) dan Mahathir (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia