Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan elektrik siap disambung

Sambutan Krismas di beberapa kampung kini bercahaya

-

KEMABONG: Seperti yang dijanjikan oleh Adun Kemabong Jamawi Jaafar, sambutan Malam Krismas tahun ini akan bercahaya di beberapa kampung berikutan siapnya penyambung­an bekalan elektrik ke beberapa rumah penduduk di perkampung­an terlibat.

Antarakamp­ungyangsud­ah selesai sistem pendawaian dan penyambung­an bekalan elektrik sepenuhnya ialah di Kg Kolorok melibatkan sebanyak 37 rumah, Kg Kapulu (43) dan Kg Ahuron (13).

Menyusul dan dijangka pendawaian siap sepenuhnya sebelum sambutan Krismas ialah Kg Katubu, Kg Paitan Tengah Kangkawang dan Kg Masej Ulu Paitan.

Menurut Jamawi, lebih 500 penduduk di kampung yang terlibat akan menikmati bekalan elektrik sepenuhnya sebelum perayaan Krismas tahun ini.

“Kejayaan ini merupakan berita yang amat menggembir­akan bagi penduduk perkampung­an yang terlibat setelah sejak sekian lama menunggu iaitu sejak merdeka 56 tahun lepas,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja pendawaian dan penyerahan lampu kelipkelip kepada penduduk di beberapa kampung yang terlibat di sini.

Selain memberikan kemudahan asas yang sempurna kepada rakyat di kawasan ini, beliau yakin kemudahan itu turut menjadi penyumbang kepada peningkata­n taraf sosio ekonomi rakyat di sini, di mana dengan adanya bekalan elektrik sepenuh masa, pelbagai aktiviti perniagaan boleh dilakukan.

“Saya merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada kerajaan, Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dan kontraktor pelaksana yang bertungkus-lumus melaksanak­an tugas mereka bagi membolehka­n penduduk yang terlibat dapat menikmati kemudahan ini sebelum perayaan Krismas bermula,” katanya.

Ketika ditemui, beberapa penduduk yang menikmati kemudahan itu merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada wakil rakyat Kemabong atas usaha serta kesungguha­n beliau membawa pelbagai projek pembanguna­n terutamany­a bekalan elektrik ke kampung yang terlibat.

“Belum setahun beliau bergelar sebagai wakil rakyat, banyak usaha membawa pembanguna­n khususnya bekalan elektrik ke kawasan ini yang sekian lama kami nanti akhirnya menjadi kenyataan,” kata Ansarap Korong dari Kg Kepulu.

Bagi Tuwou Musin dari Kg Kolorok, mereka tidak tersalah memilih Jamawi sebagai wakil rakyat mereka yang banyak bekerja dan berusaha memastikan Kemabong tidak terpinggir daripada menikmati arus pembanguna­n.

“Ketibaan Krismas tahun ini amat bermakna untuk kami, lampu kelip-kelip sumbangan Jamawi adalah gambaran kegembiraa­n kami menyambut malam Krismas,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI bersama pegawai SESB meninjau kerja naik taraf pencawang.
JAMAWI bersama pegawai SESB meninjau kerja naik taraf pencawang.
 ??  ?? JAMAWI (tengah) bergambar bersama penduduk Kg Kolorok selepas meninjau pemasangan lampu dan menyerahka­n lampu kelip-kelip.
JAMAWI (tengah) bergambar bersama penduduk Kg Kolorok selepas meninjau pemasangan lampu dan menyerahka­n lampu kelip-kelip.
 ??  ?? KERJA pendawaian rumah ke rumah giat dijalankan.
KERJA pendawaian rumah ke rumah giat dijalankan.
 ??  ?? JAMAWI ketika menyerahka­n lampu kelipkelip kepada salah seorang penduduk semasa lawatan itu.
JAMAWI ketika menyerahka­n lampu kelipkelip kepada salah seorang penduduk semasa lawatan itu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia