Utusan Borneo (Sabah)

“Krismas tahun ini paling sedih untuk saya”

-

LABUAN:SambutanKr­ismas yang bakal tiba pada tahun ini adalah yang paling sedih bagi seorang penghuni Pusat Koreksiona­l Labuan, Jabatan Penjara Malaysia.

Pemuda berusia 18 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nyett, berkata sambutan Krismas tahun ini adalah hari paling sedih kerana terpaksa menyambutn­ya di sebalik tirai besi tanpa kehadiran keluarga tersayang.

“Saya menyesal, saya mahu berubah, saya akan ingat pesan ibu saya untuk tidak buat salah lagi,” katanya penuh hiba semasa ditemui pada Program Jalinan Kasih Bagi Sambutan Hari Krismas Peringkat Penghuni Pusat Koreksiona­l Labuan Tahun 2018.

Beliau yang sudah lima bulan berada di situ begitu menginsafi pengalaman pertama kali menyambut Krismas di sebalik tirai besi.

“Saya janji untuk berubah apabila keluar nanti dan perkara pertama yang akan saya buat adalah melawat kubur datuk saya yang baru saja meninggal dunia, selepas itu saya akan cari kerja untuk membantu keluarga,” katanya.

Beliau amat gembira apabila diberi kesempatan untuk bertemu dengan ibu serta dua adiknya.

“Hari ini saya sangat gembira dapat jumpa ibu dan adik-adik kerana selalu hanya berbual melalui telefon, kali ini saya dapat peluk erat mereka semua,” kongsi pemuda berasal Nabawan, Sabah itu.

Seorang lagi penghuni iaitu Lester (bukan nama sebenar) menjadikan nasihat ibu dan abangnya sebagai pendorong yang paling kuat untuk terus berubah.

“Mama dan abang adalah kekuatan saya untuk berubah dan tidak ulangi kesalahan lalu, mereka selalu bagi nasihat kepada saya dan saya tidak akan lupakan sampai bila-bila.

“Sayaakanba­ntuperniag­aan kedai mama apabila keluar nanti dan jadi anak yang bertanggun­gjawab serta membalas segala pengorbana­n mama saya,” ujarnya yang baru berusia 29 tahun.

Beliau juga berkongsi rasa kegembiraa­n dapat bersua muka dengan ibu serta abangnya pada hari itu.

“Perasaaan saya hari ini amat gembira kerana dapat makan dan bermesra dengan mama dan abang kerana kali terakhir mereka lawat saya adalah pada Ogos yang lalu,” katanya.

Lester juga menasihati rakan-rakan serta masyarakat di luar sana agar tidak melakukan sebarang perkara yang menyalahi undangunda­ng sebaliknya berbakti kepada keluarga, masyarakat serta negara.

Pada ucapan perasmian program itu oleh wakil Prison Fellowship Malaysia, Jocelyn Teo Lee Choo, beliau menyeru semua pihak memberi peluang kedua kepada para penghuni di Pusat Koreksiona­l Labuan.

“Apa yang mereka perlukan adalah kemaafan dan peluang untuk membuktika­n mereka adalah insan yang boleh berubah ke arah yang lebih baik.

“Prison Fellowship Malaysia telah bekerjasam­a dengan Jabatan Penjara Malaysia selama bertahunta­hun dalam menggilap kembali sinar harapan para penghuni untuk menghadapi masa hadapan,” katanya.

Tambahnya, sambutan Krismas adalah hari untuk menghargai kerjasama Prison Fellowship Malaysia dan ahli keluarga penghuni pusat itu yang turut sama menjayakan program berkenaan.

“Saya menghargai peranan yang dimainkan Prison Fellowship Malaysia dan kita akan jadikan program ini sebagai program tahunan kita di samping memperbaik­i dalam aspek pengisian serta penglibata­n pihak lain yang berkaitan.

“Terima kasih kepada keluargaya­nghadirmem­bantu pihak jabatan dalam programpro­gram pemulihan dan saya anggap penglibata­n ahli keluarga amat penting untuk menghasilk­an impak yang cukup besar kepada penghuni.

“Dengan kehadiran ahli keluarga juga diharap menjadi sinar harapan kepada para penghuni untuk kembali ke dalam pangkuan keluarga serta masyarakat di luar sana,” katanya semasa menyampaik­an ucapan aluan.

Pada program itu, seramai 15 penghuni Pusat Koreksiona­l Labuan terpilih untuk bertemu dan beramahmes­ra dengan ahli keluarga masing-masing.

 ??  ?? berkongsi kegembiraa­n bersama keluarga dan rakanrakan termasuk para penghuni Pusat Koreksiona­l Labuan. Sementara itu, Pengarah Pusat Koreksiona­l Labuan PKP Abd Rauf LangPasih
NYETT (kanan) ketika ditemubual.
berkongsi kegembiraa­n bersama keluarga dan rakanrakan termasuk para penghuni Pusat Koreksiona­l Labuan. Sementara itu, Pengarah Pusat Koreksiona­l Labuan PKP Abd Rauf LangPasih NYETT (kanan) ketika ditemubual.
 ??  ?? ABD Rauf (tengah) beramah mesra dengan Lester dan keluargany­a.
ABD Rauf (tengah) beramah mesra dengan Lester dan keluargany­a.
 ??  ?? LESTER
LESTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia