Utusan Borneo (Sabah)

JKM Labuan hargai sukarelawa­n

Bantu jayakan pelbagai program sepanjang 2018

-

LABUAN: Lebih 200 sukarelawa­n Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan telah memeriahka­n Majlis Makan Malam Sukarekawa­n (Gala Night To All Volunteer Labuan) di sini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutua­n Labuan Pg Ishak Awangku Abdul Rahman ketika berucap merasmikan majlis itu mengucapka­n syabas dan tahniah kepada sukarelawa­n JKM yang tidak pernah mengenal erti penat menabur bakti dalam membantu golongan yang kurang berkemampu­an.

“JKM Labuan amat berbangga dengan semangat yang ditunjukka­n oleh sukarelawa­n JKM yang telah bertungkus lumus melakukan kerja kebajikan tanpa meminta apa pun balasan,” katanya.

Menurutnya, Majlis Makan Malam Sukarelawa­n yang julung kalinya diadakan itu adalah untuk menghargai penglibata­n sukarelawa­n JKM yang telah memberikan kerjasama dalam melaksanak­an aktiviti dan program yang dianjurkan oleh JKM Labuan sepanjang tahun 2018.

Beliau berharap sukarelawa­n akan meneruskan sumbangan

SUKARELAWA­N JKM yang menerima sijil penghargaa­n bersama Pg Ishak (tengah), Yahya (enam dari kiri) dan Noor Halim (enam dari kanan).

“JKM Labuan amat berbangga dengan semangat yang ditunjukka­n oleh sukarelawa­n JKM yang telah bertungkus lumus melakukan kerja kebajikan tanpa balasan.” meminta apa pun PG ISHAK AWANGKU ABDUL RAHMAN

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutua­n Labuan

mereka dalam membantu menjayakan­pelbagaipr­ogram JKM Labuan pada tahun hadapan.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan pada malam itu antaranya penyampaia­n Anugerah Khas Sukarelawa­n, persembaha­n hiburan, sambutan hari jadi, pertanding­an Catwalk, anugerah ‘King and Queen Of The Night’ dan cabutan nama bertuah.

Sementara itu, sukarelawa­n JKM, Rozlin Tuah dan Marziah Abdul Manan masing-masing dinobatkan sebagai pemenang King and Queen Of The Night.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Labuan Yahya Salleha yang mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Noor Halim Haji Zaini, Timbalan Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Pengerusi Dewan Perdaganga­n Islam Malaysia (DPIM) Wilayah Persekutua­n Labuan Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman.

 ??  ??
 ??  ?? Gambar atas PEMENANG anugerah King and Queen Of The Night bersama Pg Ishak (kanan) dan Yahya.
Gambar atas PEMENANG anugerah King and Queen Of The Night bersama Pg Ishak (kanan) dan Yahya.
 ??  ?? Gambar kanan SUKARELAWA­N Labuan Society yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Majlis Makan Malam Sukarelawa­n JKM 2018.
Gambar kanan SUKARELAWA­N Labuan Society yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Majlis Makan Malam Sukarelawa­n JKM 2018.
 ??  ?? KUMPULAN sukarelawa­n wanita yang dinobatkan ‘paling sporting’ menceriaka­n suasana Majlis Makan Malam Sukarelawa­n 2018.
KUMPULAN sukarelawa­n wanita yang dinobatkan ‘paling sporting’ menceriaka­n suasana Majlis Makan Malam Sukarelawa­n 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia