Utusan Borneo (Sabah)

ASAS FC juara Piala Liga Perdana

Kejohanan Kelab Bola Sepak Komuniti Labuan 2018

-

LABUAN: Pasukan ASAS FC merangkul kejuaraan Piala LigaPerdan­aKejohanan­Kelab Bola Sepak Komuniti Labuan 2018 selepas menewaskan pasukan Complex FC 10 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Kompleks Sukan Labuan, baru-baru ini.

Pada perlawanan itu, Ralan Jainal muncul wira pasukan ASAS FC selepas berjaya menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-47 menerusi sepakan penalti selepas beliau dikasari pertahanan Complex FC dalam kotak penalti. Dengan kemenangan itu, pasukan ASAS FC membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, piala dan medal. Manakala pasukan Complex FC menerima RM1,500, piala dan medal.

Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Florest FC dan Baihu FC yang masingmasi­ng menerima wang tunai RM750 dan piala. Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli. Turut hadir, Pengerusi Kelab Bola Sepak Komuniti Labuan, Tarmizi Wahab, legenda bola sepak negara, Datuk Hassan Sani dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Labuan, SK Tan. Sementara itu, pengurus pasukan ASAS FC, Yahya Saleha berpuas hati dengan persembaha­n anak buahnya, walaupun berdepan dengan situasi genting bertali arus serangan pihak lawan, namun kekuatan mental dan fizikal setiap pemain berjaya mengekang serangan lawan. Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada jurulatih Longinus Pius yang telah berjaya membimbing anak buahnya hingga berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana musim ini. “Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih yang berjaya membawa kejayaan kepada ASAS FC sekaligus layak beraksi di Liga Super pada tahun depan,”katanya.

 ??  ?? PASUKAN ASAS FC bersama hadiah yang dimenangi.
PASUKAN ASAS FC bersama hadiah yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia