Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho ‘sangat bangga’ sepanjang tempoh di United

-

LONDON, England: Jose Mourinho berkata Rabu lepas di mana beliau “sangat bangga” dengan tempoh beliau di Manchester United tetapi enggan mengulas lanjut tentang isuisu yang menyebabka­n beliau dipecat dari kelab.

Pengurusan kelab memecat jurulatih dari Portugal itu Selasa lepas ekoran kekalahan 1-3 kepada Liverpool di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu lepas, menyebabka­n United ketinggala­n 19 mata di belakang Liverpool yang mendahului kedudukan liga selepas 17 perlawanan.

Bekas penyerang United, Ole Gunnar Solskjaer diumumkan sebagai pengganti sementara Rabu lepas ketika kelab memulakan usaha mencari pengurus baharu.

Mourinho membimbing United memenangi Liga Europa, Piala Liga dan Piala Perisai Komuniti pada tahun pertama di kelab sebelum muncul naib juara dalam Liga Perdana dan Piala FA tetapi semuanya bertukar masalah sejak awal musim tahun ketiga beliau di kelab.

Beliau sering merungut tentang pemain dan beberapa keputusan kelab dalam beberapa bulan tetapi tidak bercakap mengenainy­a dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n sehari selepas pemecatann­ya.

“Saya berasa sangat bangga untuk memakai jenama Manchester United sejak hari pertama saya tiba dan saya percaya semua penyokong United mengiktira­fnya,” kata Mourinho dalam satu kenyataan.

“Sama seperti isu dengan bekas kelab saya yang lain, saya bekerja dengan beberapa pihak yang hebat dan saya percaya bahawa beberapa di antara mereka akan menjadi rakan seumur hidup.

“Saya tahu di mana anda semua menyedari prinsip profesiona­l saya. Setiap kali satu babak berakhir, saya menunjukka­n rasa hormat dan tidak membuat sebarang komen tentang bekas rakan sekerja saya,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia