Utusan Borneo (Sabah)

Jelius belum `terpikat’

Mahu uji lebih ramai calon import

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah Jelius Ating belum `terpikat’ dengan lima calon import setakat ini selepas dua hari menjalani ujian pemilihan bersama pasukan di Stadium Likas.

Sehubungan dengan itu, beliauberh­arapdapatm­enguji lebih ramai calon import yang dijangka akan datang dalam masa terdekat.

Lima calon import yang menjalani ujian pemilihan setakat ini adalah pemain pertahanan dari Kenya, Kelal Ogal Kaoga, Patrick Elameni (England - pertahanan), Lee Hyo Kyun (Korea Selatan penyerang), Ko Kyungjoon (Korea Selatan - pertahanan) dan bekas import Sabah dari Korea Selatan, Heo JaeNyeong (pemain tengah).

“Setakat ini saya belum melihat keistimewa­an calon import yang ada. Bagaimanap­un kita akan beri mereka peluang lagi untuk membuktika­n kemampuan... tetapi ada juga yang saya rasa sudah boleh disuruh balik kerana memang tidak mencapai tahap yang diperlukan.

“Kita akan pastikan hanya pemain import yang benar-benar boleh membantu pasukan yang akan menyarung jersi kita. Keperluan utama kita sekarang ialah masingmasi­ng satu pemain di posisi pertahanan, tengah dan serangan,” kata Jelius.

Sabah kini masih mempunyai penyerang import dari Serbia, Rodoljub Paunovic yang masih mempunyai kontrak sehingga pertengaha­n musim depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hari kedua ujian pemilihan ke atas calon import, malam Rabu lalu.

“Saya juga berharap dapat menguji lebih ramai calon import kerana saya difahamkan ramai lagi yang akan datang termasuk yang telah kita jemput tetapi tidak sempat datang buat masa ini kerana perayaan Krismas yang semakin hampir.

“Harap-harap kita akan dapat import terbaik untuk pasukan Sabah tampil dengan lebih gagah menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2019,” kata Jelius.

Turut menyaksika­n pasukan ujian pemilihan itu ialah Ahli Majlis Tertinggi Andrew Laban, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Andrew Majanggim dan Pengurus Pasukan Henry Saimpon.

Mengenai Heo yang juga bekas tonggak utama Sabah tetapi kontraknya tidak disambung ekoran kecederaan pertengaha­n musim ini (2018), Jelius berkata, pemain tengah itu nampak belum seratus peratus pulih.

“Kita tahu kemampuann­ya tetapi nampaknya seperti dia belum pulih sepenuhnya dari kecederaan kaki yang dialaminya.

“Kita tidak akan ambil pemain berdasarka­n reputasi lama. Tidak kira siapa... mereka kena buktikan dalam ujian pemilihan untuk dapat menyarung jersi kita,” kata Jelius.

Turut kelihatan dalam ujian pemilihan itu ialah Jordan Scott Ollerensha­w, anak bekas penyerang import berbisa Sabah dari Australia yang kini merupakan pemain naturalisa­si.

Jordan antara pemain yang dipanggil tetapi gagal mendapat tempat dalam skuad bawah 23 kebangsaan kendalian Ong Kim Swee baru-baru ini.

Jordan bermain untuk JDT III dalam saingan Piala Presiden musim ini dan pernah berlatih di Akademi Cruizero Brazil yang berpusat di Thailand serta menyertai pasukan Persatuan Bola Sepak St. George, Sydney Australia.

“Jordan ada potensi tetapi buat masa ini saya rasa dia belum bersedia untuk skuad senior...kita mungkin akan cuba dia di skuad Piala Presiden,” kata Jelius.

Jelius berkata, pasukan akan meneruskan ujian pemilihan dan latihan sehingga Sabtu ini sebelum berehat sempena perayaan Krismas.

 ??  ?? CALON import dari Korea Selatan, Lee Hyo Kyun (kiri) dan Ko Kyungjoon. Gambar ihsan Raymond Henry Gusi.
CALON import dari Korea Selatan, Lee Hyo Kyun (kiri) dan Ko Kyungjoon. Gambar ihsan Raymond Henry Gusi.
 ??  ?? CALON import dari England, Patrick Elamenji. Gambar ihsan Raymond Henry Gusi.
CALON import dari England, Patrick Elamenji. Gambar ihsan Raymond Henry Gusi.
 ??  ?? (Dari kanan) ANDREW Majanggim, Henry, Jelius, Burhan dan Andrew Laban semasa ujian pemilihan calon import dan pasukan Sabah berlatih di Stadium Likas pada Rabu.
(Dari kanan) ANDREW Majanggim, Henry, Jelius, Burhan dan Andrew Laban semasa ujian pemilihan calon import dan pasukan Sabah berlatih di Stadium Likas pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia