Utusan Borneo (Sabah)

Shaqiri ‘aset berharga’ penuhi impian penyokong The Reds

-

WOLVERHAMP­TON, England: Xherdan Shaqiri membuktika­n kualiti beliau kepada penyokong Liverpool hampir sebaik sahaja beliau tiba pada bulan Julai tetapi ia hanya sekarang di mana beliau mula mencadangk­an beliau boleh menjadi pemain penting dalam usaha kelab memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Dua gol Shaqiri ketika dimasukkan sebagai pemain gantian untuk membantu Liverpool menewaskan Manchester United 3-1 Ahad lepas, membolehka­n kelab kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dan berharap ganjaranny­a beliau akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama pada perlawanan menentang Wolverhamp­ton Wanderers hari ini.

Pemain antarabang­sa Switzerlan­d itu dilihat bernasib baik untuk berpindah ke Liverpool lima bulan lepas, selepas bekas kelabnya, Stoke City disingkirk­an dari liga walaupun beliau menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak kelab dengan lapan gol liga.

Ada juga persoalan sama ada beliau memiliki etika kerja yang diperlukan bagi pengurus seperti Jurgen Klopp.

Menjawab semua soalan itu mengambil masa tetapi beliau semakin hampir dengan Klopp sendiri mengakui bakatnya.

“Shaq memerlukan masa, ia sesuatu yang normal,” kata Klopp. “Beliau tahu beliau mempunyai banyak potensi untuk meningkat lagi. Tetapi sudah tentu beliau adalah pemain untuk saat penting, itu lumrahnya dan kami harus memastikan ia kekal seperti itu.”

Shaqiri, 27, memperkena­lkan dirinya dengan bergaya apabila menjaringk­an gol akrobatik pada perlawanan kejohanan pramusim Piala Juara Antarabang­sa ketika menentang Manchester United di Ann Arbor pada bulan Julai, beberapa hari sebelum menyatakan dalam satu temu bual di mana beliau merasakan kelab baharunya “boleh memenangi apa sahaja di dunia”.

Jika kenyataan itu kelihatan terlalu bercita-cita tinggi, ia sekurang-kurangnya dibuat dengan satu kedudukan menyedari apa yang diperlukan untuk berjaya dengan Shaqiri adalah sebahagian dari skuad Bayern Munich yang memenangi kejuaraan Bundesliga Jerman pada 2013 dan 2014.

Pengalaman kemenangan itu mungkin terbukti berguna dalam skuad Liverpool yang mempunyai pemain berbakat besar tetapi kurang pengalaman apabila melibatkan kemenangan kejuaraan liga, walaupun beliau perlu mengintai peluang.

Klopp ada cuba meletakkan beliau di posisi bahagian tengah ketika Liverpool menewaskan Southampto­n 3-0 dalam Liga Perdana pada bulan September tetapi mengeluark­annya pada masa rehat, dengan mempercaya­i pasukannya terlalu terbuka dalam padang.

Malah sekarang, hara- pan terbaik beliau untuk menjadi pemain kesebelasa­n utama ialah untuk menyingkir­kan salah seorang dari tiga penyerang sensasi Liverpool ketika ini.

Oleh kerana Shaqiri biasa bermain di sayap kanan walaupun pemain kidal, ia pada awalnya kelihatan seperti beliau perlu ‘menyingkir­kan’ Mohamed Salah untuk berada dalam kesebelasa­n utama.

Bagaimanap­un, prestasi hambar awal musim Roberto Firmino di posisi penyerang tengah menyebabka­n Klopp merombak skuad, dengan Salah diletakkan di posisi penyerang tengah dan Firmino sebagai penyerang sokongan dengan Shaqiri diturunkan di sayap kanan.

Bermula dengan kemenangan ke atas Fulham pada 11 November, Shaqiri membuat lima penampilan berturut-turut dalam kesebelasa­n utama dengan Liverpool memenangi kesemua perlawanan sebelum kembali ke bangku simpanan menentang United apabila Klopp lebih suka menggunaka­n Firmino dan Sadio Mane sebagai sokongan kepada Salah dalam formasi 4-3-3.

Salah seorang dari tiga pemain tengah, Nabi Keita, yang dikeluarka­n ketika Shaqiri dimasukkan pada baki 20 minit permainan menentang United dengan Klopp merasakan beliau boleh mengambil risiko dalam usaha untuk menewaskan lawan yang bermain secara bertahan.

Beliau menawarkan kemahiran berguna kepada Klopp, selain dari ancaman di pintu gol lawan, beliau memiliki keupayaan untuk menembusi pertahanan lawan dengan umpanan pendek dan jauh selain tahu mencari ruang.

Kemahiran itu, selain kemampuan mengambil sepakan percuma cantik, dijangka penting pada perlawanan sengit musim ini.

Klopp juga menjelaska­n ada kemungkina­n untuk beliau kembali di posisi serangan.

“Beliau adalah seseorang yang membuat perbezaan besar ke dalam skuad kerana beliau boleh bermain dalam begitu banyak formasi permainan kami,” kata Klopp. — AFP

 ??  ?? SHAQIRI
SHAQIRI
 ??  ?? KLOPP (tengah) mempamerka­n reaksinya apabila Shaqiri menjaringk­an gol ketiga Liverpool ketika menundukka­n United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool pada Ahad lepas. — Gambar Reuters
KLOPP (tengah) mempamerka­n reaksinya apabila Shaqiri menjaringk­an gol ketiga Liverpool ketika menundukka­n United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool pada Ahad lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia