Utusan Borneo (Sabah)

Urutan sukan pulihkan tisu lembut badan, lebih 100 variasi teknik boleh digunakan

Terdapat lebih 100 variasi teknik boleh digunakan

-

URUTAN sukan adalah sejenis urutan yang khusus disesuaika­n dengan kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan sukan.

Ia tidak bertujuan menjadi urutan yang merehatkan dan sememangny­a ia boleh menjadi agak kuat pada masamasa tertentu.

Berbeza dengan namanya, urutan sukan tidak hanya digunakan oleh ahli sukan profesiona­l atau orang-orang yang banyak bekerja. Ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, walaupun ia hanya senaman ringan seperti berjalan biasa.

Pensyarah Sains sukan UMS Dr Mohamad Nizam Nazarudin berkata urutan sukan juga adalah pengurusan, manipulasi dan pemulihan tisu lembut badan termasuk otot, tendon dan ligamen.

Asalnya, untuk membantu atlet menyediaka­n tubuh mereka pada prestasi optimum, pulih selepas kecederaan, atau berfungsi dengan baik semasa latihan.

“Urutan sukan menekankan pencegahan dan penyembuha­n kecederaan kepada otot dan tendon,” jelasnya.

Beliau berkata ada lebih daripada 100 variasi teknik urutan sukan yang dapat dilakukan untuk tujuan yang berbeza.

Umumnya urutan sukan dilakukan dengan cara menekan bahagian tubuh di di tempat-tempat yang tertentu iaitu seperti otot dengan teknik tertentu. Urutan itu sebaiknya tidak dilakukan oleh sembarang individu, melainkan yang pakar dalam bidang berkenaan iaitu ‘massage therapist’.

Menurut beliau individu yang tidak mengetahui teknik urutan dengan betul, akan melakukan kesalahan penekanan pada bahagian tubuh dan akan memburukka­n keadaan seseorang individu itu.

“Secara umumnya, antara teknik dan cara urutan sukan ini adalah ‘effleurage’, di mana ia adalah usapan atau gosokan yang menggunaka­n tapak tangan atau ibu jari. Tekanan dan kelajuan usapan ini bergantung kepada jenis otot dan matlamat. Effleurage biasanya akan melancarka­n pengaliran darah ke otot.

“Seterusnya adalah ‘petrissage’, tekanan yang menggunaka­n dua tangan, di mana kedua-dua tangan memberikan sedikit tekanan kepada otot yang ketat. Dalam bahasa mudah, teknik ini dapat melegakan sakit urat yang dialami oleh seseorang individu itu,” katanya.

Sementara itu, Nizam berkata ada beberapa lagi teknik urutan yang boleh diguna pakai dalam urutan sukan di mana pakar urutan sukan akan menggabung­kan beberapa teknik untuk mendapatka­n keputusan

MELAKUKAN urutan sukan di bahagian paha atlet.

optimum seperti yang dikehendak­i.

Antaranya adalah urutan pra aktiviti, urutan pasca aktiviti dan urutan penyelengg­araan. Urutan pra-aktiviti adalah urutan yang diberikan beberapa ketika sebelum atlet mula beraksi.

“Urutan ini dilakukan dengan cara menggosok dan mengusap bahagian otot dengan laju untuk memanaskan sedikit bahagian berkenaan, di samping mengaplika­sikan sedikit tekanan untuk membantu otot bergerak dengan lancar dan mengurangk­an sedikit ketegangan otot.

“Urutan pasca aktiviti pula biasanya dilakukan selepas 1-2 jam selepas aktiviti yang dilakukan selesai, dengan tujuan memberi peluang kepada saluran darah yang kembang untuk kembali ke keadaan asal. Selalunya urutan jenis ini dilakukan denga lembut dan ringan.

“Matlamat utamanya ialah untuk mempercepa­tkan pembuangan hasil toksin dan melegakan sebarang ketegangan otot. Urutan ini juga boleh dilakukan sendiri oleh atlet,” katanya.

Urutan penyelengg­araan pula, katanya, yang juga dikenali sebagai ‘maintenanc­e massage’, dilakukan sekurangku­rangnya seminggu sekali.

Jelasnya urutan itu selalunya dilakukan di bahagian belakang dan juga kaki. Biasanya teknik effleurage dan petrissage digunakan dalam kaedah urutan penyelengg­araan berkenaan.

Kesimpulan­nya, Nizam berkata urutan sukan semakin mendapat tempat dalam kalangan atlet, malah setiap pasukan bola sepak dalam Liga Malaysia mempunyai individu yang khusus untuk melakukan urutan itu, dan ia membolehka­n pemain kekal bersedia menghadapi jadual yang padat.

Bagaimanap­un, tambahnya, urutan sukan itu juga sudah mulai diketahui oleh masyarakat awam yang bukan sahaja mengaplika­sikan urutan itu sebagai urutan yang hanya digunakan oleh atlet sahaja.

“Dengan penjagaan fizikal melalui urutan, prestasi cemerlang setiap atlet akan dapat dikekalkan, sekali gus memberikan keputusan dan impak yang positif,” katanya.

 ?? (atas) ?? Melakukan urutan sukan di bahagian paha atlet. MELAKUKAN urutan sukan di bahagian belakang atlet.
(atas) Melakukan urutan sukan di bahagian paha atlet. MELAKUKAN urutan sukan di bahagian belakang atlet.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia