Utusan Borneo (Sabah)

Kes maut wanita Indonesia tidak dimasukkan ke dalam statistik rabies Malaysia

-

KUCHING: Kes seorang wanita Indonesia yang disahkan mati disebabkan rabies oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dimasukkan ke dalam statistik rabies Malaysia.

KetuaPenga­rahKesihat­an Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan akhbarnya pada Selasa berkata, ini kerana pesakit telah digigit di Indonesia.

“Kes disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak pengisytih­aran wabak pada 1 Julai 2017 hingga 18 Disember 2018 adalah kekal 16 kes, termasuk 15 kematian.

“Kes terakhir disahkan rabies adalah pada 10 Disember 2018,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak bersama KKM, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar dan agensi-agensi lain sedia bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengawal rabiesdala­mkalangana­njing, khususnya di sempadan Malaysia-Indonesia.

Kerjasama itu katanya, bagi memastikan kawalan jangkitan rabies dapat dilaksanak­an secara menyeluruh.

Mengulas lanjut mengenai kes berkenaan, Dr Noor Hisham berkata, KKM mengesahka­n wanita warga Indonesia itu telah digigit oleh anjing peliharaan­nya di negara asalnya.

Beliau memberitah­u, notifikasi kes itu kepada Kementeria­n Kesihatan Indonesia telah dibuat melalui Internatio­nal Health Regulation­s (IHR) Focal Point Malaysia-Indonesia.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia ingin merujuk kepada berita Utusan Borneo Online yang diterbitka­n pada 17 Disember 2018, jam 4.36 petang bertajuk ‘Mangsa rabies Indonesia mati di Kuching.’ KKM mengesahka­n bahawa kes ini adalah warga Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, wanita berusia 69 tahun yang tinggal di Sanggau, Indonesia berkenaan telah digigit di kaki kiri oleh anjing peliharaan­nya pada September 2018.

“Semasa kejadian, haiwan tersebut berkelakua­n agresif dan abnormal menggigit tuannya tanpa sebarang provokasi.

“Pesakit telah mendapatka­n rawatan di Indonesia. Namun begitu, perincian rawatannya itu tidak dapat disahkan,” katanya.

Dr Noor Hisham menambah,pada9Disem­ber 2018, mangsa mengadu sakit belakang badan dan sukar berjalan.

Mangsa katanya, telah mendapatka­n rawatan lanjut sebanyak dua kali di fasiliti perubatan di Indonesia.

Pada 13 Disember 2018, keadaan pesakit bertambah teruk dan beliau kemudianny­a dibawa ke sebuah hospital swasta di Kuching, jelasnya.

“Pada keesokan hari, keluarga pesakit telah memindahka­nnya ke sebuah hospital swasta lain di Kuching. Pesakit mula menunjukka­n gejala neurologi yang teruk seperti kekeliruan, lemah keduadua kaki dan tidak boleh menelan.

“Mangsa telah dirawat di Unit Rawatan Rapi namun malangnya telah meninggal dunia pada 17 Disember 2018, jam 6 pagi.

“Keputusan ujian makmal yang diterima pada 18 Disember 2018 adalah positif rabies,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia