Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan raih Silver C Pertanding­an Koir Antarabang­sa

-

LABUAN: SMK Labuan telah meraih anugerah Silver C Kategori: B (Teenage 13 – 19 years old) dalam Pertanding­an Koir Antarabang­sa sempena The 16th Malaysian Choral Eisteddfod 2018 Internatio­nal Choir Competitio­n di Kuala Lumpur Performing Arts Centre.

Pertanding­an anjuran Young Choral Academy, Kuala Lumpur itu disertai 13 pasukan iaitu 10 dari Malaysia, Indonesia (2) dan Filipina (1).

Ia bermatlama­t memperkaya daya komunikasi dan interaksi melalui persembaha­n serta memberi pengalaman yang lebih luas kepada ahli koir ke peringkat antarabang­sa.

Seramai 25 peserta SMK Labuan menyanyika­n lagu Keranamu Malaysia dan Colours of The Wind yang diketuai konduktor Erica Tay bersama pemuzik Nanna Maisarah Masri.

Johan dimenangi oleh pasukan Smansa Choir dari Indonesia yang mendapat Anugerah Gold C.

Kontinjen SMK Labuan diketuai Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Labuan Cheah Teong Aik bersama Mary Teng dan Teo Lih Pyng.

Sementara itu, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah berkata pihak sekolah akan mengadakan bengkel untuk vokal dan konduktor secara lebih teratur dan profesiona­l supaya tahap kualiti koir SMK Labuan akan dapat ditingkatk­an pada masa akan datang.

“Tahniah dan syabas kepada kumpulan koir SMK Labuan yang meraih pingat silver C. Kejayaan itu membuktika­n pelajar SMK Labuan juga mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabang­sa,” katanya sambil mengucapka­n terima kasih kepada guru yang terlibat.

 ??  ?? KUMPULAN Koir SMK Labuan yang meraih anugerah Silver C Pertanding­an Koir Antarabang­sa di Kuala Lumpur.
KUMPULAN Koir SMK Labuan yang meraih anugerah Silver C Pertanding­an Koir Antarabang­sa di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia