Utusan Borneo (Sabah)

Belia disaran jadi agen perubahan

Demi masa depan lebih gemilang

-

KOTA BELUD: Golongan belia disarankan agar menjadi agen perubahan kerana mereka adalah pewaris kepada kepimpinan akan datang yang menentukan corak masa depan negara.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissa­h Munirah Majilis berkata belia perlu bersedia menangani perubahan minda demi masa depan yang lebih gemilang.

“Saya berharap belia dan beliawanis menerima sebarang perubahan dengan positif bahawa kita sedang berhadapan cabaran dan untuk menangani cabaran itu, seseorang itu perlulah berilmu serta cekal untuk mencapai kejayaan,” katanya semasa mengadakan Program Santai Pemimpin Bersama Belia di Padang Pekan Kota Belud.

Munirah berharap kejayaan pasukanHar­imauMalaya­yang berjaya sampai ke perlawanan akhir Piala Suzuki menjadi petunjuk kepada para belia bahawa tiada sesuatu yang mustahil jika seseorang itu mahu berjaya.

“Jika mahu berjaya semarakkan jiwa dengan penuh iltizam dan jangan anggap semua perkara itu adalah mustahil,” katanya.

Beliau yang juga Ahli ParlimenKo­taBeludber­harap para belia cenderung untuk melakukan perubahan dalam semua aspek demi memacu agenda pembanguna­n negara.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Kota Belud Mohd Norazri Fauzi dan para pemimpin belia Kota Belud.

“Saya berharap belia dan beliawanis menerima sebarang perubahan dengan positif bahawa kita sedang berhadapan cabaran dan untuk menangani cabaran itu, seseorang itu perlulah ” berilmu serta cekal untuk mencapai kejayaan. ISNARAISSA­H MUNIRAH MAJILIS Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

 ??  ?? MUNIRAH bersama pemimpin belia daerah Kota Belud.
MUNIRAH bersama pemimpin belia daerah Kota Belud.
 ??  ?? Munirah disambut meriah sebaik tiba dalam program santai pemimpin.
Munirah disambut meriah sebaik tiba dalam program santai pemimpin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia