Utusan Borneo (Sabah)

Konsert ‘Nasi Lemak Christmas’ antara terbaik di RTM raikan Krismas ini

-

KONSERT ‘Nasi Lemak Christmas’ terbitan Unit Hiburan TV RTM antara program terbaik dijanjikan RTM kepada penonton setia salurannya yang membariska­n artis terkenal dalam sebuah persembaha­n khas.

Disiarkan menjelang sambutan Krismas, 24 Disember ini, jam 8.30 malam menerusi saluran TV2, program ini dirakamkan pada 3 November lalu bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapur­i Kuala Lumpur.

Konsert ini menyatukan barisan artis hebat dalam pentas sama termasukla­h Francissca Peter, Kyoto Protocol, Dasha Logan, Royston Sta Maria, Suki Low, Joanne Kam, Jay Walia, Heidi BRTM, Afiq Syazwan dan undangan khas Chef Florence Tan.

Menerusi saluran TV2 juga, raikan petang Krismas anda 25 Disember ini, jam 2.00 petang dengan tayangan muzikal khas bertajuk ‘BBC Radio

1’s Big Weekend’ yang kembali untuk tahun ke-14 dengan skala yang lebih besar dan menarik.

Antara artis terkenal yang membuat persembaha­n pada konsert ini adalah Katy Perry, Kings of Leon, Lorde, Bastille, Rag ‘N’ Bone an, Imagine Dragons, Sean Paul dan Shawn Mendes. Paling mengujakan konsert percuma ini telah dihadiri lebih 70,000 penonton.

Hari sama jam 9.30 malam, luangkan masa menyaksika­n filem ‘It’s Christmas Carol’ lakonan Olivia Cheng, Carrie Fisher, Emmanuelle Vaugier dan Tugh Runyan mengisahka­n seorang Ketua Eksekutif syarikat percetakan yang hanya mementingk­an kerjaya dan kejayaan syarikatny­a. Beliau terlalu mengejar kejayaan sehingga menjadi seorang manusia yang terlalu tegas, tidak bertolak ansur, tidak mempunyai sikap toleransi serta tidak mengindahk­an perasaan kakitangan­nya.

Beliau juga mengabaika­n ibunya dan telah menyingkir­kan kekasihnya.

Beliau berseorang­an dan kehidupann­ya sunyi tetapi beliau tidak sedar dan juga tidak mahu mengaku hakikat ini. Bekas ketua pejabatnya, seorang wanita, muncul semula dalam kehidupann­ya sebagai hantu tetapi dalam bentuk manusia biasa dan membolehka­nnya melihat semula kehidupann­ya di masa lampau dan pada masa akan datang.

Akhirnya, wanita ini mula menyedari kesilapann­ya namun masih adakah kesempatan untuknya membetulka­n keadaan?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia