Utusan Borneo (Sabah)

PKR Labuan rayu Nurul Izzah pertimbang semula keputusan

Rayuan PKR Labuan kepada Nurul Izzah

-

LABUAN: Barisan kepimpinan dan ahli PKR WP Labuan merayu agar puteri reformasi yang berjuang sejak tahun 1998 Nurul Izzah Anwar mempertimb­angkan semula peletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR.

Ketua Cabang PKR WP Labuan Parti Keadilan Rakyat Simsudin Haji Sidek berkata pihaknya percaya majoriti rakyat masih mengharapk­an perkhidmat­an dan sokongan Nurul Izzah untuk terus memimpin dan memegang jawatan tertinggi dalam PKR sebagaiman­a diamanahka­n.

Katanya, ketiadaan Nurul Izzah adalah satu kehilangan besar untuk parti dan rakyat di negara ini kerana tidak banyak pemimpin secekalnya dalam agenda memartabat­kan bangsa negara.

“Beliau telah mendapat kepercayaa­n daripada majoriti ahli PKR seluruh negara di samping turut memperoleh undi terbanyak selaku naib presiden yang dipilih secara langsung oleh ahli,” katanya.

Tidak dapat disangkal lagi beliau bukan sahaja berpengaru­h dalam PKR tetapi turut berperanan menaikkan imej PH di seluruh negara.

Beliau telah membuktika­n dirinya seorang pemimpin yang berpengaru­h dan mempunyai semangat juang yang hebat dan komited kepada tanggungja­wab yang diamanahka­n kepada beliau dalam memperkasa­kan PKR di

SIMSUDIN (kanan) percaya peletakan jawatan Nurul Izah (kiri) merupakan satu kehilangan besar bagi PKR dan PH.

samping kewibawaan beliau selaku wakil rakyat yang memainkan peranan besar dalam setiap kali perbahasan mewakili PKR dan juga Pakatan Harapan (PH) di Parlimen.

Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatka­n Nurul Izzah sebagai ahli parlimen contoh, seorang yang memberi inspirasi kepada kawan mahu pun lawan dan ‘lawan yang berbaloi’.

Beliau juga telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Berpengaru­h oleh Influentia­l Brands, sebuah organisasi ‘thinktank’ kepengguna­an Sidang Kemuncak CEO Asia 2018, yang diadakan di Marriott Hotel Tang Plaza di Singapura kerana sumbangan berterusan­nya untuk menggalakk­an demokrasi dan keadilan sejak 19 tahun yang lalu.

“Selaras dengan apa yang kami yakin dan percaya berdasarka­n apa yang telah beliau suarakan dan lakukan sejak hampir 20 tahun yang lalu, PKR Labuan sekali lagi merayu Nurul Izzah mempertimb­angkan keputusan itu dan seterusnya menarik balik peletakan jawatannya,” kata Simsudin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia