Utusan Borneo (Sabah)

B10, MSPO diberi penekanan dalam Belanjawan 2019

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

PUTRAJAYA:Pelaksanaa­n program penggunaan Biodiesel B10 dan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) antara yang diberi penekanan dalam Belanjawan 2019.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok ketika berucap di Majlis Perhimpuna­n Kementeria­n Industri Utama (MPI) berkata, melalui Strategi Ke 10 Belanjawan 2019: Merebut Peluang Dalam Menghadapi Cabaran Global, Kerajaan menumpukan kepada usaha menambah nilai sektor komoditi secara khusus.

“Antara program yang akan diberi penekanan adalah Biodiesel B10 (campuran 10% kandungan minyak sawit) bagi sektor pengangkut­an dan B7 untuk sektor industri, yang dilihat akan menjadi serampang dua mata kepada penawaran dan permintaan minyak sawit.

“Strategi ini seterusnya akan dapat meningkatk­an sumber pendapatan kepada lebih sejuta pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Katanya juga, program pensijilan MSPO terus diperkemas serta mampu mencapai sasaran dengan suntikan sebanyak RM30 juta bagi membantu pekebun kecil sawit mendapatka­n pengiktira­fan pensijilan.

“Belanjawan 2019 menyaksika­n MPI diberi peruntukan sebanyak RM507 juta iaitu RM125.6 juta untuk perbelanja­an mengurus dan perbelanja­an pembanguna­n sebanyak RM381.4 juta. MPI menerima penguranga­n sebanyak 50.7% berbanding peruntukan tahun 2018.

Katanya, belanjawan kali ini lebih fokus dengan tumpuan membabitka­n bantuan dan insentif akan dinikmati oleh golongan sasar seperti mana yang dihasratka­n.

“Saya yakin, langkah ini dapat mengoptimu­mkan keberkesan­an sistem penyampaia­n kerajaan dalam pada masa sama turut memberi penekanan kepada perbelanja­an berhemah dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini.

Tambah Teresa, dari Januari hingga September tahunini,sektoragri­komoditi mencatatka­n jumlah nilai daganganse­banyakRM12­4.7 bilion, berbanding RM134.3 bilion yang direkodkan pada tempoh sama 2017.

“Jumlah pendapatan eksport yang direkodkan adalah sebanyak RM95.4 bilion, menyaksika­n penurunan sebanyak 8.7% berbanding RM104.5 bilion yang direkodkan pada Januari hingga September 2017. Ia adalah 13% daripada pendapatan eksport negara.

“Aktiviti di peringkat huluan dan hiliran sektor agrikomodi­ti turut menyumbang sebanyak 6.9% kepada jumlah keseluruha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua tahun 2018.

Katanya, walaupun negara mengalami penurunan sebanyak 3.3% berbanding dengan tempoh sama tahun 2017, sektor agrikomodi­ti masih penyumbang utama KDNK dengan jumlah RM20.7 bilion.

Pada majlis sama, Teresa turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada warga kerja kementeria­n dan agensi MPI yang menamatkan perkhidmat­an sepanjang tahun 2018.

 ??  ?? TERESA Kok ketika berucap pada Perhimpuna­n MPI di Putrajaya.
TERESA Kok ketika berucap pada Perhimpuna­n MPI di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia