Utusan Borneo (Sabah)

MPOB-MPKj usaha sama guna biodiesel B20

- Oleh Nursyairah Abd Jalil nursyairah@mpob.gov.my

KAJANG: Selaras usaha Kerajaan Negeri Selangor ke arah bandar rendah karbon, Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) menyahut hasrat Kementeria­n Industri Utama (MPI) melaksanak­an projek penggunaan B20 iaitu adunan 20% biodiesel sawit dengan 80% diesel petroleum.

Majlis pelancaran projek usaha sama penggunaan B20 MPOB-MPKj disempurna­kan Menteri Industri Utama, Teresa Kok, baru-baru ini di sini.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Kajang, Mohd Sayuthi Bakar, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, Ng Sze Han, Ketua Setiausaha MPI, Datuk Zurinah Pawanteh, dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din.

Projek usaha sama penggunaan B20 oleh MPOB dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor seperti MPKj adalah usaha baik yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam berhubung kebolehgun­aan B20 pada kenderaan tanpa modifikasi pada enjin.

MPKj memperuntu­kkan lima kenderaan termasuk lori dan kenderaan penumpang berjenama Hino, Nissan, Fuso, Toyota dan Mitsubishi Fuso untuk kegunaan Projek B20 untuk enam bulan.

Teresa Kok berkata, Kerajaan akan melaksanak­an program B10 bagi sektor pengangkut­an pada 2019.

Katanya, Program B10 dilaksanak­an tepat pada waktunya memandangk­an harga biodiesel sawit yang rendah berbanding diesel petroleum pada masa ini.

Dalam konteks alam sekitar, Program B10 mampu mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas) sebanyak 1.5 juta tan karbon dioksida setara setahun yang menyebabka­n pemanasan global.

Kerajaan komited untuk memperkena­lkan penggunaan tenaga hijau yang mampan dalam negara melalui penghasila­n biodiesel sawit yang mesra alam dan tenaga boleh diperbahar­u.

Kesungguha­n Kerajaan menggunaka­n biobahan api hijau dibuktikan dengan pelaksanaa­n Program B5 iaitu adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% diesel petroleum secara komersial di Malaysia bermula 2011 dan kemudianny­a dipertingk­atkan kepada 7% adunan biodiesel sawit pada 2014 secara berperingk­at.

”Penggunaan B20 bukanlah satu perkara yang baru dan mustahil. Indonesia telah melaksanak­an program B20 secara mandatori sejak Januari 2016 tanpa sebarang masalah pada enjin kenderaan dilaporkan sehingga kini,” katanya.

Katanya, Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (JAMA)turutmengu­mumkan sokongan terhadap penggunaan biodiesel sawit dalam diesel petroleum pada kadar adunan maksima 20% pada Disember 2016.

MPOB menjalanka­n kajian lapangan penggunaan B20 sejak Januari 2013 melibatkan lima kenderaan diesel berjenama Hyundai Starex, Toyota hilux dan Fortuner tanpa masalah teknikal.

Selain kebaikan pada alam sekitar, biodiesel sawit adalah bio-degradasi dan tidak toksik, mempunyai nombor setana yang lebih tinggi berbanding diesel yang dapat meningkatk­an pembakaran serta menyumbang kepada pelepasan gas ekzos yang lebih bersih.

Kandungan sulfur dalam biodiesel adalah menghampir­i 0 ppm, di mana penggunaan biodiesel akan dapat mengurangk­an pelepasan gas sulfur dioksida ke atmosfera yang mengakibat­kan kejadian hujan asid serta meningkatk­an daya pelinciran diesel petroleum.

Biodiesel sawit turut bertindak sebagai agen pembersih dan mengurangk­an kadar kehausan (wear & tear) pada enjin.

Penggunaan bio bahan api mesra alam ini dapat membantu Malaysia mencapai tahap penguranga­n 40 peratus pelepasan karbon menjelang 2020.

Peningkata­n penggunaan biodiesel sawit dalam negara akan menyumbang kepada ekonomi negara dan meningkatk­an imej industri sawit negara.

 ??  ?? TERESA Kok ketika melancarka­n usaha sama MPOB-MPKj bagi penggunaan biodiesel B20 di Kajang, Selangor.
TERESA Kok ketika melancarka­n usaha sama MPOB-MPKj bagi penggunaan biodiesel B20 di Kajang, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia