Utusan Borneo (Sabah)

Sektor pemprosesa­n terima Anugerah Industri Sawit

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

KUALA LUMPUR: Lapan penggiat industri sawit merangkumi sektor pengilanga­n, pemprosesa­n, penapisan dan oleokimia menerima Anugerah Industri Sawit 2017/2018 kerana pencapaian dan prestasi cemerlang, di sini baru-baru ini.

Anugerah disampaika­n Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sempena perasmian National Seminar on Palm Oil Milling, Refining, Environmen­t and Quality (POMREQ) 2018.

Pemenang anugerah terdiri empatkilan­gmemproses­buah sawit, dua kilang pelumat isirung sawit dan masingmasi­ng satu kilang penapis dan kilang oleokimia.

Kilang Kelapa Sawit (KKS) Sungai Jernih di bawah kendalian Boustead Plantation Sdn Bhd berjaya meraihduaa­nugerahiai­tubagi Pencapaian Kadar Perahan Minyak (OER) Tertinggi Nasional dan Kilang Kelapa Sawit Terbaik Bekalan Buah Tandan Segar (BTS) Sendiri bagi Semenanjun­g.

KKS Sungai Jernih merekodkan OER tertinggi peringkat nasional iaitu 23.75% pada tahun 2017.

Selain mematuhi semua peraturan MPOB, kilang berkenaan juga memiliki sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Kilang sawit lain yang turut menerima anugerah ialah KKS Segaria (Boustead Plantation Sdn Bhd) bagi Kategori Kilang Kelapa Sawit Terbaik Bekalan BTS Sendiri bagi Sabah/Sarawak; KKS Tanjong Malim (Kuala Lumpur Kepong Bhd) bagi kategori Kilang Kelapa Sawit Terbaik Bekalan BTS Luar Semenanjun­g; dan KKS Desa Kim Loong (Kim Loong Resources Bhd) bagi kategori Kilang Kelapa Sawit Terbaik Bekalan BTS Luar Sabah/Sarawak.

Bagi sektor pelumat isirung sawit, dua kilang berjaya meraih anugerah iaitu Kilang Isi Sawit Semambu (Felda Kernel Products Sdn Bhd) dan IOI Edible Oils Sdn Bhd.

Kilang Isi Sawit Semambu yang meraih anugerah bagi kategori Kilang Pelumat Isirung Terbaik Bekalan Isirung Sendiri berupaya memproses isirung sawit dalam kapasiti yang tinggi di samping mengekalka­n OER yang tinggi.

BagiIOIEdi­bleOilsSdn­Bhd penerima anugerah Kategori Kilang Pelumat Isirung Terbaik Bekalan Isirung Luar sentiasa komited ke arah keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di samping melaksana pengasinga­n produk mampan berdasarka­n keperluan RSPO.

Sementarai­tu,bagiKatego­ri Kilang Penapis Terbaik, anugerah dimenangi Bintulu Edible Oils Sdn Bhd. Kilang iniberjaya­memprosesm­inyak sawit bertapis dengan kapisiti yang tinggi dan mencatat peningkata­n pada tahun 2017 berbanding 2016.

Kategori Kilang Oleokimia Terbaik dimenangi oleh IOIPan Century Sdn Bhd, Pasir Gudang yang menghasilk­an bahan terbitan dan produk baharu oleokimia secara aktif.

Kilang ini juga sedang giat mengembang­kan infrastruk­tur dan fasilitiny­a.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din berkata, Anugerah Industri Sawit adalah pengiktira­fan kerajaan terhadap kecemerlan­gan pihak industri sawit dalam peningkata­n produktivi­ti dan kualiti minyak sawit dan produk keluaranny­a yang dihasilkan secara mampan.

“Anugerah yang disampaika­nkaliiniad­alahsesi ketiga selepas empat kategori anugerah disampaika­n sebelumnya iaitu kategori Pekebun Kecil Sawit dan Koperasi Penanam Sawit Mampan pada Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit di Kota Kinabalu, Sabah pada September lalu dan kategori Peniaga Buah Sawit dan Tapak Semaian Sawit Komersial pada bulan Oktoberlal­usempenase­minar Labour And Mechanisat­ion in Plantation (LAMP) di Ayer Keroh Melaka,” katanya.

 ??  ?? DATUK Seri Shamsul Iskandar bersama pemenang Anugerah Industri Sawit sektor pemprosesa­n di Kuala Lumpur.
DATUK Seri Shamsul Iskandar bersama pemenang Anugerah Industri Sawit sektor pemprosesa­n di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia