Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n B10 jimat kos import diesel

- Oleh Siti Nurhajar Mariam Wan Jaafar nurhajar@mpob.gov.my

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n B10 diesel dijangkada­patmenjima­tkan kos pengimport­an diesel negara sebanyak RM1.64 bilion setahun melalui penggantia­n diesel dengan biodiesel sawit sebanyak 761,000 tan setahun.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, kerajaan tidak perlu menanggung kos biodiesel kerana harga biodiesel sawit kini adalah lebih rendah berbanding diesel petroleum.

Pelaksanaa­n B10 diesel dalam sektor pengangkut­an akan memberi penjimatan kos sebanyak RM 9.88 juta setahun berdasarka­n jualan diesel berjumlah 6.176 bilion liter setahun.

“Keputusan untuk melaksanak­an B10 bagi sektor pengangkut­an dan B7 bagi sektor perindustr­ian diambil setelah mempertimb­angkan impak positif dan manfaatnya kepada ekonomi, industri sawit dan alam sekitar,” katanya pada sidang media di sini, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan akan melaksanak­an program B10 untuk sektor pengangkut­an secara berperingk­at bermula 1 Disember 2018, manakala program biodiesel B7 akan diperluas ke sektor perindustr­ian secara mandatori bermula 1 Julai 2019.

“Program biodiesel B7 bagi sektor pengangkut­an diperkenal­kan pada November 2014, dengan menggunaka­n 350,000 tan biodiesel sawit setahun dan mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 1.05 juta tan gas karbon dioksida setiap tahun.

“Harga minyak sawit yang rendah kini merupakan waktu yang tepat dan terbaik dalam melaksana program biodiesel B10 yang telah tertangguh sejak 2016.

Teresa berkata, inisiatif ini akan menggalakk­an penggunaan minyak sawit domestik kerana dijangka dapat menyumbang kepada penggunaan 761,000 tan minyak sawit setiap tahun.

Katanya, inisiatif ini juga akan menyumbang kepada penguranga­n pelepasan gas rumah hijau sebanyak 2.2 juta tan karbon dioksida secara purata dalam jangka setahun.

“Peningkata­n penggunaan minyak sawit mentah (MSM) domestik akan dapat membantu mengurangk­an stok semasa yang tinggi serta menaikkan harga MSM. Kesan daripada permintaan yang tinggi sekali gus dapat menjanapen­dapatanpek­ebun kecil hasil kenaikan harga buah tandan segar.

“Pelaksanaa­n program biodiesel ini adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk mengurangk­an 40% pelepasan gas karbon negara menjelang 2020,” katanya.

Dari sudut keupayaan biodiesel menggantik­an diesel petroleum, kerajaan yakin penggunaan bahan api, Palm Methyl Ester (PME) sawit ini setanding dengan diesel petroleum dan sama sekali tidak akan menjejaska­n enjin kenderaan yang menggunaka­nnya.

“Pengunaan biodiesel diperluas di negara lain tanpa sebarang isu teknikal terhadap kenderaan seperti di Indonesia dan Colombia yang masing-masing melaksana program biodiesel B20 dan B10,” katanya.

Yang turut hadir pada sidang media itu, Ketua Setiausaha Kementeria­n Industri Utama (MPI), Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Turut hadir menyatakan sokongan terhadap pelaksanaa­n tersebut adalah syarikat pengeluar kenderaan, syarikat petroleum, agensi kerajaan, Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejurutera­an dan Persatuan Biobahan Api Malaysia (MBA).

 ??  ?? TERESA Kok pada sidang media mengenai pelaksanaa­n B10 diesel di Kuala Lumpur.
TERESA Kok pada sidang media mengenai pelaksanaa­n B10 diesel di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia