Utusan Borneo (Sabah)

Pelan Biosekurit­i industri sawit Malaysia dilancar

- Oleh Siti Nurhajar Mariam Wan Jaafar nurhajar@mpob.gov.my

BANGI: Satu pelan pengurusan risiko biosekurit­i komprehens­if dan pelan tindakan kecemasan industri sawit negara dibangunka­n Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi mempertaha­n industri daripada ancaman perosak eksotik berbahaya dan berisiko tinggi daripada memasuki Malaysia.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata Pelan Biosekurit­i yang dibangunka­n itu mengandung­i satu siri prosedur operasi untuk mengekang masalah tersebut.

Katanya, pelan ini termasuk kawalanyan­gketatdipe­labuhan dan lapangan terbang, serta amalan pengurusan ladang yang baik dalam mengesan dan mengurangk­an risiko serangan.

“Pelan Biosekurit­i adalah pendekatan strategik bersepadu yang merangkumi kawal selia ke atas rangka kerja yang mampu menganalis­is dan mengurus risiko dalam pelbagai sektor termasuk keselamata­n makanan, jangka hayat dan kesihatan tanaman serta risiko alam sekitar yang berkaitan.

“Langkah penguranga­n penyakit akan diteliti dengan baik sebelum dan selepas sempadan bagi mengurangk­an penyebaran wabak.

Berdasarka­n kajian, terdapat 23 jenis perosak, penyakit dan rumpai yang didapati mempunyai risiko yang tinggi terhadap industri sawit Malaysia telah dikenal pasti dan seperti Fusarium oxysporum f.sp. elaeidis (penyakit layu vaskular), Phytomonas staheli (reput umbut kelapa sawit), Phytopthor­a palmivora (reput putik),Cercospora elaeidis (bintik daun Cercospora) yang berasal daripada Benua Afrika dan Bursaphele­nchus cocophilus (penyakit cincin merah) daripada Amerika Selatan.

“Semua ancaman ini, jika melepasi sempadan negara akan menimbulka­n masalah serius kepada industri sawit di Malaysia, khususnya di sektor ladang. Dengan itu, menjadi tanggungja­wab kementeria­n dan MPOB untuk melindungi industri ini.

Industri sawit memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Pendapatan Negara Kasar (GNI), pertukaran asing dan pekerjaan.

Teresa mengucapka­n tahniah kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) dan Pusat Pertanian dan Biosains Antarabang­sa (CABI) atas kejayaan menerajui usaha ini dan menghasilk­an satu pelan yang komprehens­if untuk industri sawit.

Katanya, agensi kerajaan dan pihak industri berperanan penting dalam proses implementa­si pelan biosekurit­i ini kerana kerjasama semua dapat memastikan pihak terbabit komited dalam pengawasan dan pengurusan risiko biosekurit­i.

“Saya harap kementeria­n dan agensi akan terus bekerjasam­a memperkasa­kan pelan biosekurit­i ini demi menjaga kesejahter­aan industri sawit Malaysia,” katanya.

Majlis pelancaran turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali dan Pengarah Bahagian Pemeriksaa­n dan Penguatkua­saan MAQIS, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar.

 ??  ?? TERESA Bangi. Kok ketika melancarka­n Pelan Biosekurit­I untuk industri sawit Malaysia di
TERESA Bangi. Kok ketika melancarka­n Pelan Biosekurit­I untuk industri sawit Malaysia di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia