Utusan Borneo (Sabah)

Sektor pengilanga­n, penapisan sawit amal teknologi mampan

- Oleh Noor Asmawati Abd Samad watie@mpob.gov.my

KUALA LUMPUR: Sektor pemprosesa­n yang terdiri kilang kelapa sawit, kilang pelumat isirung dan kilang penapis digesa mengamalka­n teknologi mampan dalam usaha menghasilk­an produk sawit.

“Penggiat industri sawit serta pihak berkepenti­ngan turut digesa bekerjasam­a dalam usaha meneroka pelbagai pendekatan bagi memerangka­p dan meningkatk­an penggunaan biogas,” tegas Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Dalam ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, usaha memerangka­p biogas daripada kolam efluen sawit (POME) berjaya dilaksana oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama pihak industri.

Katanya, usaha MPOB bersama FGV dan Sime Darby Offshore Engineerin­g berjaya menghasilk­an sumber tenaga alternatif untuk kegunaan kilang sawit dan juga bahan api untuk pengangkut­an menggunaka­n biogas.

“Saya berpuas hati dengan biogas asli mampat (Bio-CNG) berasaskan sisa buangan kilang sawit yang berjaya dihasilkan,” katanya di perasmian National Seminar on Palm Oil Milling, Refining, Environmen­t and Quality (POMREQ) 2018, anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini.

Beliau menambah, sektor pemprosesa­n yang terdiri kilang kelapa sawit, kilang pelumat isirung dan kilang penapis adalah komponen penting dalam rantaian nilai industri minyak sawit.

Katanya, pada masa ini terdapat 453 kilang, 45 kilang pelumat isirung dan 53 kilang penapis beroperasi bagi memproses buah tandan segar dan minyak sawit mentah.

“Bersama dengan 19 kilang oleokimia dan 16 kilang biodiesel, sektor pemprosesa­n ini adalah sektor utama yang menyumbang kepada penghasilk­an produk sawit dan produk hiliran berasaskan sawit.

“Pada masa sama, industri sawit turut berdepan isu 3MCPDE dan GE yang boleh menjejaska­n pasaran sawit.

Katanya, MPOB memberi tumpuankep­adapenyeli­dikan 3-MCPDE sejak tahun 2009, dengan kaedah analisis yang pertama kali dibangunka­n oleh Federal German Institute for Risk Assessment (BfR).

“MPOB menjalanka­n lebih daripada 66 percubaan di peringkat loji rintis dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengenal pasti faktor dan punca yang menyumbang kepada pembentuka­n 3-MCPDE dan GE semasa proses penghasila­n minyak. POMREQ 2018 bertemakan ‘Advances in Sustainabl­e Practices’ menyedia ruang interaksi kepada pihak industri untuk berkongsi serta mendapatka­n maklumat terkini berkaitan penyelidik­an dan teknologi dalam sektor pengilanga­n, penapisan, alam sekitar dan kualiti.

Tumpuan seminar juga berkisar kepada isu tenaga diperbahar­u, pemerangka­pan dan penggunaan biogas, kemampanan­danpenggun­aan biojisim sawit.

Seminar dua hari itu dihadari lebih 350 peserta terdiri wakil indsutri yang terlibat sektor pengilanga­n dan pemprosesa­n.

 ??  ?? DATUK Seri Shamsul Iskandar mendengar penerangan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din mengenai produk biojisim sawit hasil teknologi MPOB yang dipamerkan di POMREQ 2018, di Kuala Lumpur.
DATUK Seri Shamsul Iskandar mendengar penerangan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din mengenai produk biojisim sawit hasil teknologi MPOB yang dipamerkan di POMREQ 2018, di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia