Utusan Borneo (Sabah)

KRT Pinolobu punyai kisahnya tersendiri

- Artikel sumbangan Faiz Mohd Zahri dan foto Jasni Nuli)

BERLATAR belakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadi sebahagian daripada laluan rempah antarabang­sa ratusan tahun dahulu, menjadikan Sabah negeri yang membudayak­an perpaduan dan meraikan kepelbagai­an.

Keunikan masyarakat serta seninya memaparkan warisan budaya yang pelbagai pengaruh. Bukan sahaja anda akan kagum dengan tempat-tempat untuk melihat dan perkara yang perlu lakukan disini, anda juga dirawat dengan hospitalit­i Sabah yang unik.

Meneroka budaya yang unik dan tradisi setiap suku serta bersedia untuk mengalami kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Pastinya, keunikan suku kaum serta adat resam juga menjadi identiti yang dikenal pasti sektor pelanconga­n sebagai satu daripada produk yang boleh diketengah­kan kepada masyarakat umum terutama pelancong dari dalam dan luar negara.

Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit sejauh 86 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu pastinya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung yang datang ke sini.

Kampung Pinolobu, Kota Belud mempunyai banyak daya tarikan pelanconga­n. Di samping keindahan alamnya, keenakan makanan yang pelbagai rasa, pelbagai perayaan, keramahan masyarakat­nya, negara juga boleh memanfaatk­an warisan seni seperti lagu-lagu tradisiona­l dan pakaian tradisiona­l suku kaum Dusun Tindal dalam usaha menarik pelancong bertandang ke sini untuk melihat dengan lebih dekat akan keunikanny­a.

Bersempena dengan program Pisompurua­n Sumongkodu­o Tadau Krismas dan Sambutan Tahun Baru Anjuran KRT Kampung Pinolobu dengan kerjasama Koperasi Kelab Belia Pinolobu barubaru ini, pelbagai acara disediakan untuk tetamu yang datang bertandang ke sini antaranya ialah permainan sukan tradisiona­l, persembaha­n kebudayaan, dan Village

Tour.

Dalam program yang sama, tetamu turut disajikan dengan makanan tradisi suku kaum Dusun Tindal dan madu kelulut asli.

Program ini dilancarka­n oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick, merangkap Ahli Dean Undangan Negeri (Adun) Kadamaian. Turut hadir bersama dalam majlis itu Timbalan Pengarah PERPADUAN Negeri Sabah, Pengurus Kanan Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Julinus Julian Jimit,Persatuan Pelanconga­n Kadamaian, Boniface Jiran. -

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA Pegawai PERPADUAN Sabah yang hadir.
ANTARA Pegawai PERPADUAN Sabah yang hadir.
 ??  ?? BELIA Kampung Pinolobu.
BELIA Kampung Pinolobu.
 ??  ??
 ??  ?? JEJAK PERPADUAN
JEJAK PERPADUAN
 ??  ?? (Gambar kiri) KEHADIRAN Ewon disambut mesra penduduk kampung.
(Gambar bawah) ANTARA acara yang berlangsun­g
(Gambar kiri) KEHADIRAN Ewon disambut mesra penduduk kampung. (Gambar bawah) ANTARA acara yang berlangsun­g
 ??  ?? (Gambar kanan) GERAI jualan hasil pertanian
(Gambar kanan) GERAI jualan hasil pertanian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia