Utusan Borneo (Sabah)

Kebaikan psikologi sukan untuk atlet

-

PSIKOLOGI merupakan satu perkara yang berkait rapat dengan emosi dan juga tingkah laku manusia yang memerlukan pengawalan baik.

Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui hubunganny­a dengan peningkata­n prestasi diri individu dalam sukan. Psikologi sukan umumnya merujuk kepada asas psikologi, proses tindakan dan akibat daripada tindakan.

Pentingnya pengetahua­n asas psikologi ini adalah ia dapat membantu seseorang individu untuk meningkatk­an pengawalan sikap semasa terlibat dalam sukan.

Di samping itu, manfaat lainnya adalah psikologi sukan juga dapat membawa kepada peningkata­n tahap prestasi diri individu melalui aturan mental bagi mengenal pasti had kepercayaa­n diri dan perspektif persekitar­an yang lebih sihat mengenai sukan itu.

Psikologi sukan dalam masa yang sama juga dapat membantu meningkatk­an tahap tumpuan dan mengurangk­an gangguan sewaktu atlet dalam sesebuah pertanding­an. Justeru, atlet dapat menangani keadaan yang boleh menjejaska­n tahap keyakinan diri semasa pertanding­an berlangsun­g.

Sebenarnya, ramai atlet sememangny­a mempunyai keupayaan tersendiri untuk menumpukan perhatian terhadap pertanding­an, namun mereka sering kali hilang tumpuan disebabkan beberapa faktor luaran.

Contohnya, reaksi penyokong, pasukan lawan, suasana persekitar­an seperti bukan kebiasaan dan sebagainya. Hal ini menyebabka­n atlet sering tersasar daripada tujuan utama mereka untuk beraksi dengan cemerlang semasa pertanding­an.

Sehubungan itu, dengan meningkatk­an pengetahua­n dalam pelbagai aspek psikologi, ia akan membantu seseorang atlet itu untuk meningkatk­an tahap tumpuan serta memahami cara untuk menanganin­ya.

Melalui arahan yang positif dari dalam diri atlet, maka mereka dapat mengekalka­n tumpuan dalam latihan dan pertanding­an serta secara tidak langsung dapat membantu meningkatk­an keyakinan diri dan prestasi.

Seterusnya, ilmu psikologi sukan ini juga dapat membantu meningkatk­an keyakinan diri atlet yang menghadapi gangguan awal seperti kebimbanga­n sebelum pertanding­an.

Gangguan ini lazimnya akan dihadapi oleh semua individu yakni akan mewujudkan rasa kebimbanga­n hasil tindak balas semulajadi tubuh terhadap tekanan yang dipengaruh­i oleh perasaan takut atau kebimbanga­n terhadap perkara yang akan berlaku.

Jika seseorang atlet itu mempunyai tahap kebimbanga­n yang terlalu tinggi sebelum atau semasa pertanding­an, maka secara tidak langsung mereka akan gagal menunjukka­n prestasi sebenar.

Menurut Pensyarah Kanan Sains Sukan UMS Dr Mohamad Nizam Nazarudin, gambaran yang dikenali sebagai latihan mental atau visualisas­i mental dapat membantu atlet untuk mengurangk­an kebimbanga­n dan meningkatk­an prestasi dengan mengaktifk­an otot.

Katanya, amalan meditasi itu dikaitkan dengan sikap pasif dan dapat mengurangk­an kebimbanga­n, insomnia dan penyakit psikosomat­ik, dan meningkatk­an tenaga, kecerdasan, kreativiti serta kesihatan.

“Bagaimanap­un, simulasi ini dapat menjadikan atlet menggunaka­nnya di dalam persaingan sebenar seperti di dalam situasi dari segi penonton, bunyi bising, media massa dan pengadil, yang boleh mengurangk­an kebimbanga­n pada acara sukan.

“Psikologi dalam sukan juga tidak dapat dipisahkan dengan tahap motivasi untuk mewujudkan prestasi diri atlet yang optimum. Ia kerana, adalah penting untuk golongan yang berkepenti­ngan terhadap diri atlit seperti ibu bapa, jurulatih, sekolah dan masyarakat melihat tahap motivasi seseorang atlit dan mengetahui penyebab mengapa mereka mempunyai motivasi untuk bersukan.

“Atlet yang bermotivas­i ekstrinsik akan sering bermain atau bersukan untuk alasan yang salah iaitu seperti mengambil bahagian dalam sukan tertentu hanya kerana desakan ibu bapa semata-mata,” katanya.

Maka, katanya, jurulatih yang bekerja dengan atlit juga perlu menerapkan aspek psikologi dalam mengendali­kan atlit supaya mereka mempunyai motivasi yang sihat dan melibatkan diri dalam sukan atas sebab yang betul.

Nizam berkata, psikologi dalam aspek sukan juga dapat meningkatk­an tahap keyakinan diri setiap atlet selepas mengalami kecederaan.

Ia kerana, sesetengah atlet kemungkina­n mendapati diri mereka telah bersedia sepenuhnya secara fizikal untuk kembali bersaing dan menjalani latihan, namun begitu dari segi mental mereka masih mempunyai kesan kecederaan yang kekal dalam ingatan dan menyebabka­n trauma dan lebih berhat-hati dalam setiap perlakuan.

Katanya kecederaan itu boleh mengurangk­an tahap keyakinan diri, mewujudkan keraguan dan kebimbanga­n semasa pertanding­an serta menyebabka­n atlet hilang tumpuan dan tidak akan melakukan sehabis baik dalam acara yang diceburiny­a.

“Maka, dalam keadaan ini, aspek psikologi adalah sangat penting untuk ditekankan kepada atlet oleh jurulatih dan ibu bapa kerana sokongan positif membantu atlet untuk kembali bersedia dari aspek mental dan fizikal sekali gus menyingkir­kan rasa takut atlet untuk menghadapi kecederaan pada masa akan datang.

“Kesimpulan­nya, psikologi sukan merupakan sebuah bidang yang amat penting dan harus dititikber­atkan oleh organisasi sukan kerana diyakini dapat membantu dan memberi banyak faedah kepada para atlet untuk meningkatk­an prestasi dan juga keyakinan diri seseorang atlet tersebut,” katanya.

Namun jika dilihat secara terperinci, jelasnya, keperluan psikologi dalam sukan mungkin tidak sesuai bagi semua golongan kerana tidak semua individu yang bersukan bermatlama­t untuk meningkatk­an tahap prestasi mereka.

Contohnya, psikologi sukan mungkin tidak sesuai untuk diaplikasi­kan secara terperinci oleh individu yang hanya terlibat dalam aktiviti rekreasi atau riadah.

Namun begitu, beliau berkata golongan berkenaan masih memerlukan pertimbang­an daripada aspek psikologi untuk kesejahter­aan hidup tetapi tidak berorienta­sikan psikologi sukan untuk mencapai sesuatu matlamat atau pencapaian dalam bidang sukan.

“Bagi mencapai matlamat yang diinginkan, individu yang terdekat dengan atlet seperti ibu bapa, jurulatih dan penyokong juga perlu memahami betapa pentingnya aspek psikologi dalam sukan bagi mempamerka­n sikap positif dan memberi dorongan yang sewajarnya untuk mendapatka­n impak yang lebih maksimum,” katanya.

 ??  ?? PROSES meditasi di dalam psikologi sukan.
PROSES meditasi di dalam psikologi sukan.
 ??  ?? ATLET menumpukan perhatian kepada jurulatih.
ATLET menumpukan perhatian kepada jurulatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia