Utusan Borneo (Sabah)

83 buat pengisytih­aran amaun cukai tambahan di Sarawak

-

SIBU: Seramai 83 pembayar cukai pelbagai kategori di Sarawak membuat pengisytih­aran cukai dengan amaun cukai tambahan dan penalti yang ditaksir RM3.2 juta menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Datuk Seri Sabin Samitah berkata, kutipan cukai langsung untuk Sarawak sehingga November 2018 ialah RM4.6 bilion, meningkat 1.5 peratus berbanding kutipan pada tempoh sama 2017.

“LHDNM Cawangan Sibu juga menunjukka­n peningkata­n 2.28 peratus atau RM14.36 juta menjadikan kutipan setakat November tahun ini sebanyak RM643 juta,” jelasnya.

Sabin berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatan rasmi ke pejabat LHDNM Cawangan Sibu di Wisma Vasty di sini, pada Rabu.

Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah LHDNM Sarawak Ramlot Keli dan Pengarah LHDNM Cawangan Sibu Dr John Tensay Peter Raig.

Katanya, LHDNM juga telah menghantar e-mel dan surat kepada semua pembayar cukai mengenai PKPS yang diumumkan kerajaan pada pembentang­an Belanjawan 2019 yang lalu.

“Kita juga telah mengenal pasti lebih kurang 80,000 individu, syarikat dan perkongsia­n yang mempunyai pendapatan sama ada mereka melaporkan atau kurang melaporkan.

“Jadi yang ini kita telah keluarkan surat kepada mereka. Bilangan ini juga adalah termasuk mereka yang berada di Sarawak,” ujarnya.

Menurutnya, LHDNM juga menghantar borang 102 dan 103 di bawah Seksyen 79.

Mereka yang telah mendapat surat tersebut dikehendak­i membalas surat tersebut dalam tempoh 30 hari.

Sementara itu, Sabin menyeru semua pembayar cukai yang mempunyai isu pematuhan cukai agar merebut tawaran PKPS.

Program Khas Pengakuan Sukarela yang bermula pada 3 November 2018 dan akan tamat pada 30 Jun 2019 menawarkan kadar penalti yang sangat rendah iaitu hanya 10 peratus dan 15 peratus, berbanding kadar penalti asal yang lebih tinggi iaitu 80 peratus sehingga 300 peratus bermula 1 Julai 2019.

Pengakuan sukarela ini boleh dibuat di mana-mana pejabat LHDNM di seluruh negara.

Bagi keterangan dan maklumat lanjut, pembayar cukai boleh melawati portal rasmi LHDNM di pautan www.hasil.gov.my.

Sebarangpe­rtanyaanme­ngenai pengakuan sukarela ini boleh diajukan kepada Hasil Careline di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 (luar negara) atau e-mel pengakuans­ukarela@ hasil.gov.my.

 ??  ?? SABIN (tengah) merakam kenangan bersama pegawai dan kakitangan LHDNM Cawangan Sibu ketika mengadakan lawatan kerja di pejabat Wisma Vasty.
SABIN (tengah) merakam kenangan bersama pegawai dan kakitangan LHDNM Cawangan Sibu ketika mengadakan lawatan kerja di pejabat Wisma Vasty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia