Utusan Borneo (Sabah)

Anggota polis maut terlibat kemalangan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

TUARAN: Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitka­n sebuah motosikal dan sebuah kereta di Tuaran Futsal Arena Jalan Sulaman dekat sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tuaran Asisten Superinten­dan Raji Hussin Suhodin berkata, mangsa yang juga penunggang motosikal berkenaan dikenali sebagai Mohd Norzanyzan Mohd Din, 39, seorang pegawai polis bahagian jenayah yang berpangkat sarjan.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.20 petang semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Tuaran.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentang­an masuk ke simpang Arena Futsal Sulaman.

“Pada masa sama, mangsa yang berada di jalan lurus tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian depan kiri kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahka­n kejadian di sini pada Ahad.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca dari kecuaian pemandu kereta terbabit ketika memasuki simpang.

Bagaimanap­un katanya, siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke tempat kejadian selepas Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada jam 2.42 petang.

Mangsa turut diberikan rawatan kecemasan oleh Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital.

 ??  ?? BAHAGIAN depan kiri kereta yang berlanggar dengan mangsa turut mengalami kerosakan.
BAHAGIAN depan kiri kereta yang berlanggar dengan mangsa turut mengalami kerosakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia