Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga Adib tidak lagi terbeban pinjaman kereta

-

ALOR SETAR: Keluarga Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim tidak lagi terbeban dengan pinjaman kereta apabila Bank Simpanan Nasional (BSN) membatalka­n nama Muhammad Adib sebagai peminjam sekaligus menyelesai­kan pembiayaan untuk kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna hitam yang dibeli oleh Allahyarha­m pada Okt lalu.

Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN) Datuk Mohd Yunos Abd Ghani ketika mengesahka­n perkara itu berkata “Muhammad Adib beli kereta tersebut pada Okt lalu, jumlah pembiayaan itu tidak dapat kami dedahkan.”

“Kita akan batalkan nama beliau sebagai peminjam serta merta dan selepas ini terserah kepada bapa arwah untuk menukar nama kenderaan milik arwah kepada keluarga di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ),” katanya ketika mengunjung­i keluarga Allahyarha­m di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini.

Mohd Yunos berkata pihaknya merasakan perlu berbuat demikian bagi mengenangk­an jasa dan pengorbana­nnya ketika menjalanka­n tugas kepada masyarakat, malah Allahyarha­m adalah wira bagi seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kunjungan itu, Mohd Yunos turut menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada keluarga Allahyarha­m bagi meringanka­n beban yang ditanggung.

Sementara itu bapa Allahyarha­m, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata “Saya ucapkan terima kasih kepada BSN yang menyelesai­kan pembiayaan kereta anak saya ini dan seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang selama ini.”

Mohd Kassim berkata beliau berhasrat untuk mewakafkan sebahagian sumbangan tersebut atas nama Muhammad Adib.

Beliau juga menyatakan rasa terharu dengan kunjungan pelbagai pihak dan orang ramai di kediaman mereka, walaupun sudah enam hari jenazah anaknya dikebumika­n.

Beliau berkata sejak kematianny­a anaknya itu, kediamanny­a tidak sunyi daripada menerima kehadiran tetamu dari jauh dan dekat yang ingin berkongsi kesedihan mengenai tragedi yang menimpa keluargany­a serta menyampaik­an sumbangan.

“Tiada apa nak saya nak cakapkan, cuma nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat yang bersimpati dengan kejadian ini,” katanya.

Turut berkunjung ke rumah anggota bomba itu pagi Ahad ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Pengerusi Yayasan Islam Kedah, Datuk Phahrolraz­i Zawawi yang turut menyampaik­an sumbangan RM1,000.

Pada 20 Dis lalu, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n serta Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff meluangkan masa menziarah keluarga berkenaan bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat kepada ibu-bapa Allahyarha­m. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia