Utusan Borneo (Sabah)

Pagisa gesa subjek agama terus diberi keutamaan

-

BELUD: Persatuan Graduan Iranun Sabah (Pagisa) menggesa agar subjek pendidikan agama Islam diberikan keutamaan jika kerajaan bercadang merombak kurikulum sekolah kebangsaan.

Presiden Pagisa Razak Haji Rakunman berkata, pengajaran subjek agama Islam di sekolah-sekolah perlu diperkukuh­kan lagi memandangk­an agama adalah teras dalam kehidupan.

Beliau bersetuju dengan pandangan Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Semenanjun­g Malaysia (NUTP) Kamarozama­n Abd Razak yang mahu kerajaan memberikan prioriti kepada subjek agama di sekolahsek­olah kebangsaan.

Sehubungan itu, beliau juga meminta agar kerajaan mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah kekurangan guru agama di sekolah-sekolah di Sabah.

“Kerajaan perlu menyediaka­n guru-guru agama yang mencukupi untuk sekolah-sekolah kebangsaan di negeri ini,” katanya.

Katanya, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada subjek agama dan bukan mengurangk­annya kerana ia akan dilihat satu langkah ke belakang.

Razak berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan kurikulum sekolah kebangsaan akan diubahsuai bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang `berguna’ dan tidak bertumpu kepada pembelajar­an agama sematamata.

Pelajaran agama akan tetap diwujudkan tetapi bukan pada setiap waktu dalam sehari (persekolah­an), mungkin satu atauduawak­yu,katanyasep­erti laporan portal Malaysiaki­ni.

Razak berkata, dua atau tiga masa untuk subjek agama dalam sehari adalah memadai dan tidak perlu dirombak atau dikurangka­n.

 ??  ?? RAZAK
RAZAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia