Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara dalam pergaduhan

-

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegarany­a dalam satu pergaduhan di sebuah rumah sewa mereka di Jalan Siam, di sini pada Ahad.

Mangsa berusia 29 tahun ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh majikannya di ruang tamu rumah dua tingkat berkenaan kira-kira jam 10 pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zainol Samah berkata majikan mangsa datang ke rumah sewa itu selepas gagal menghubung­i lelaki berkenaan sebelum menemui mayat pekerjanya itu dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di dada, rusuk serta belakang badan.

“Berdasarka­n siasatan awal, mangsa dipercayai ditikam beberapa kali selepas bergaduh dengan rakannya yang tinggal serumah dengan lelaki itu.

“Berikutan kejadian itu, polis menahan 11 lelaki berusia 20 hingga 40 tahun yang tinggal menyewa bersama mangsa di situ bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Zainol berkata berdasarka­n siasatan awal, seorang daripada 11 lelaki yang ditahan terbaKOTA bit mengaku melakukan pembunuhan itu dan memberitah­u telah menikam mangsa semasa mereka bergaduh.

Katanya motif kejadian dipercayai akibat perselisih­an faham antara mangsa dan suspek yang berusia 30-an itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat, katanya.

“Kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dengan penahanan 11 lelaki berkenaan polis percaya dapat menyelesai­kan kes tersebut,” katanya.

Difahamkan, mangsa dan rakan-rakannya tinggal di rumah itu sejak empat bulan lepas kerana mereka melakukan kerja ubah suai di bangunan berhampira­n. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia