Utusan Borneo (Sabah)

Program Mutiara Timur bantu beri pendedahan baharu kepada pelajar luar bandar

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

BANGI: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) komited untuk terus melahirkan pelajar cemerlang daripada golongan yang kurang bernasib baik dalam usaha memperkasa­kan bidang pendidikan di negara ini.

Dato’ Dr Shaari Md Nor berkata, Program Mutiara Timur anjuran YTN merupakan salah satu inisiatif TNB yang telah dimulakan sejak 2013 bagi merealisas­ikan impian pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah.

“Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang baharu kepada pelajar luar bandar sekali gus mencetuska­n aspirasi kepada pelajar-pelajar ini agar mereka terus cemerlang dalam pendidikan.

“Pada masa yang sama, program ini bertindak sebagai program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kami sekali gus menjadi landasan untuk pelajar ini mengenali Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan TNB terutamany­a dalam bidang pengajian dan kerjaya.

“Untuk tahun ini, seramai 25 pelajar dari Sarawak dan 25 pelajar dari Sabah yang mendapat keputusan cemerlang dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) tahun lalu telah dipilih untuk menyertai program itu selepas dinilai dalam sesi temu bual bersama wakil YTN,” katanya ketika sesi wawancara bersama wartawan Utusan Borneo di rhr Hotel, UNITEN baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, pemilihan pelajar akan dibuat setelah YTN menerima nama para peserta daripada pihak Kementeria­n Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

“Setiap pelajar ini dipilih mengikut beberapa aspek seperti kepimpinan, aktif dalam kokurikulu­m, berpotensi cemerlang dalam SPM 2019 serta latar belakang keluarga yang kurang berkemampu­an terutamany­a daripada golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40),” katanya.

Bagi Glend Pilim, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan, cita-cita asalnya mahu menjadi seorang doktor perubatan, tetapi kini minatnya juga semakin mendalam ke arah kejurutera­an selepas mengikuti Program Mutiara Timur.

“Saya banyak belajar benda baharu di sini. Selepas mengikuti program ini, minat dalam bidang kejurutera­an bertambah. Melalui program ini juga membolehka­n saya membuat pilihan kursus yang lebih tepat untuk menyambung pelajaran di universiti nanti.

“Saya harap sekiranya cita-cita saya tercapai suatu hari nanti, saya dapat melakukan pembaharua­n di kampung halaman saya terutamany­a dari segi pembanguna­n kemudahan asas elektrik dan air bersih,” katanya.

Menurut Nistelrooy Reynold pula, dia berasa cukup teruja dan gembira kerana dapat menyertai program yang amat bermanfaat itu.

Nistelrooy yang merupakan pelajar tingkatan empat SMK Kapit, Sarawak menyifatka­n program tersebut sebagai program yang dapat membantu membuka mata pelajar di pedalaman Sabah dan Sarawak untuk keluar dari tempat asal mereka dan menimba pengalaman baharu.

“Saya begitu teruja ketika di i-City Shah Alam, Selangor kerana di Kapit kami tidak mempunyai tarikan-tarikan menarik seperti itu dan ini telah membuka persepsi baharu dalam kehidupan saya.

“Pengalaman berjumpa dengan pelajar jurusan jurutera di UNITEN juga tidak akan saya lupakan dan akan saya jadikan pembakar semangat buat diri saya sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya pada masa depan,” tambahnya.

Sementara itu, Many Pius, 16, dari Sabah yang kali pertama menjejakka­n kaki di bandar raya Kuala Lumpur, juga teruja diberi peluang melawat tempat-tempat menarik seperti TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS), Menara Berkembar Petronas dan i-City Shah Alam.

“Banyak ilmu yang diperoleh daripada program ini dan ia juga menimbulka­n minat untuk saya mengenali bidang kejurutera­an.

“Saya tinggal di kawasan pedalaman Sabah yang tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan pengalaman seperti ini membuka mata saya kerana setiap hasil pembanguna­n moden yang dilengkapi kemudahan asas salah satunya adalah hasil daripada tangan jurutera yang berjaya.

“Kejurutera­an dilihat sebagai bidang terpenting untuk membangunk­an negara dan sekiranya ada rezeki untuk saya menjadi jurutera nanti, pastinya perkara pertama yang akan saya lakukan adalah untuk membangunk­an tempat lahir saya,” ujarnya.

Bagi Natasha Feelara Nabau, 16, dari Kapit pula, Program Mutiara Timur 2017 memberi pendedahan awal untuk mempersiap­kan dirinya untuk menyambung pelajaran di universiti dalam jurusan kejurutera­an elektrikal.

“Program ini bukanlah seperti program lawatan sambil belajar semata-mata tetapi kami didedahkan dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan pengalaman terutama dalam bidang elektrik lebih-lebih lagi bersama TNB.

“Antara pengalaman yang tidak boleh saya lupakan ialah belajar pengiraan matematik bersama Sir Uzairi. Siapa sangka, selama ini saya hanya mengikuti beliau di laman media sosial Instagram sahaja dan kini saya boleh menimba ilmu dengan Sir Uzairi dalam kelas yang sama,” katanya.

Pada masa sama, Marillyn Natalia Michael, 16, dari SMK Selirik, Kapit menyatakan rasa gembira dan terharu diberi peluang menyertai Program Mutiara Timur ini.

“Pada awalnya, saya menjangka TNB hanyalah sebuah syarikat yang membekalka­n elektrik sahaja dan sangkaan saya meleset sama sekali. Ternyata TNB mempunyai banyak anak syarikat lain seperti UNITEN, ILSAS dan sebagainya.

“Saya juga begitu teruja apabila dapat berbual sendiri dengan tokoh dari Kapit yang amat saya hormati iaitu Tan Sri Leo Moggie. Beliau merupakan sumber inspirasi sebagai seorang anak Kapit yang berjaya di mata dunia.

“Selain itu, program ini memberi banyak ilmu pengetahua­n dan pengalaman baharu kepada diri saya,” jelasnya.

Bagi Edrinsha Malvin Usak, 16, dari SMK Nabawan, Sabah, dia teruja mendapat peluang menyaksika­n sendiri bagaimana elektrik dihasilkan melalui tenaga boleh ubah (tenaga solar) yang digunakan di ILSAS.

“ILSAS dan UNITEN mempunyai fasiliti yang sangat canggih dan mengikut perkembang­an teknologi. Banyak ilmu yang diperoleh daripada program ini.

“Pendedahan program ini dapat membantu saya menyiapkan diri melanjutka­n pelajaran ke peringat tertinggi,” kata Edrinsha yang bercita-cita menjadi seorang jurutera elektrik suatu hari nanti.

 ??  ?? BERMANFAAT: Para pelajar tertarik dengan Pusat Penyelidik­an Renewable Energy yang terletak di ILSAS.
BERMANFAAT: Para pelajar tertarik dengan Pusat Penyelidik­an Renewable Energy yang terletak di ILSAS.
 ??  ?? TERUJA: Sepanjang Program Mutiara Timur, pelajar juga berpeluang melawat ke UNITEN.
TERUJA: Sepanjang Program Mutiara Timur, pelajar juga berpeluang melawat ke UNITEN.
 ??  ?? PENGALAMAN BAHARU: (Dari Kiri) Manny Pius, Natasha, Marillyn, Edrinsha, Glend Pilim dan Nistelrooy, pelajar dari Sabah dan Sarawak teruja dan bangga dipilih untuk menyertai menyertai Program Mutiara Timur.
PENGALAMAN BAHARU: (Dari Kiri) Manny Pius, Natasha, Marillyn, Edrinsha, Glend Pilim dan Nistelrooy, pelajar dari Sabah dan Sarawak teruja dan bangga dipilih untuk menyertai menyertai Program Mutiara Timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia