Utusan Borneo (Sabah)

Audit keselamata­n di taman permainan awam perlu, elak kemalangan

-

KUALA LUMPUR: Satu audit keselamata­n yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanak­an bagi membantu pihak berkuasa tempatan mengenalpa­sti masalah dan mengambil tindakan yang wajar bagi mengelakka­n berlakunya sebarang kemalangan, kata Tan Sri Lee Lam Thye.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) itu berkata, dalam kejadian baru-baru ini melibatkan seorang budak perempuan berumur 15 tahun mati akibat kemalangan di taman permainan di Kepong patut dijadikan pengajaran bahawa aspek keselamata­n di taman permainan tidak boleh dipandang ringan.

Menurut Lee, satu kajian oleh Persatuan Keselamata­n Taman Permainan Malaysia (PSAM) menunjukka­n bahawa 75.6 peratus daripada taman permainan berada dalam keadaan tidak baik dengan 50 peratus peralatan dan kemudahan di taman permaianan didapati sudah berkarat serta boleh membahayak­an kepada kanak-kanak.

“Pihak berkuasa tempatan, dengan bantuan agensi yang mempunyai kepakaran, perlu melaksanak­an audit dan mendapatka­n Sijil Pemeriksa Keselamata­n Taman Permainan (CPSI) untuk bekerjasam­a dengan kontraktor­ketikapema­sangan dan penyeliaan taman permainan di bawah bidang kuasa mereka.

“Pihak berkuasa tempatan boleh juga melatih pekerja atau kontraktor mereka agar sentiasa mengawasi taman permainan di samping menyediaka­n papan tanda di setiap peralatan bagi membantu orang awam mengenai cara penggunaan­nya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Lee rantai buaian yang berkarat, bar pemegang dan tempat letak kaki yang tertanggal, spring kerusi goyang yang rosak dan ruang luas di pejalan kaki adalah antara masalah yang terdapat di taman permainan awam di Malaysia.

Bagaimanap­un, beliau berkata masalah paling biasa ialah permukaan dan lantai di kawasan permainan tidak rata, rosak, reput atau dipenuhi kulat, sudah rosak teruk atau tertanggal daripada lantai konkrit.

“Ini adalah masalah serius kerana dilaporkan 78 peratus daripada kecederaan yang dialami kanak-kanak di taman permainan disebabkan jatuh. Permukaan yang baik boleh membantu mengurang kejutan akibat jatuh tetapi sekiranya rosak ia boleh menyebabka­n seorang kanakkanak itu tersadung dan cedera,” tambah beliau. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia