Utusan Borneo (Sabah)

ISM tawar tiga program diploma

-

TAWAU: Institut Sains dan Pengurusan (ISM) Tawau menawarkan tiga program diploma iaitu Diploma Pengajian Perniagaan (DBS) dan Diploma Perakaunan (DAC).

Sementara pada Januari 2017, satu program baharu telah dilancarka­n iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan­tani (DAM).

ISM berusaha secara telus bagi menyediaka­n pendidikan yang berkualiti dengan menawarkan pelbagai program bagi memenuhi keperluan sektor perniagaan dan pertanian di Tawau.

DAM diwujudkan bagi menyediaka­n rangka kerja untuk meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n yang diperlukan oleh pekerja, sama ada dalam sektor awam mahupun yang bekerja sendiri di dalam industri pertanian atau akuakultur.

Program ini juga dibangunka­n khusus untuk komuniti tempatan dan pasaran Malaysia bagi mengiktira­f individu yang mempunyai kemahiran serta pengetahua­n asas dalam konteks pertanian dan pengurusan perniagaan.

Bagi pelajar yang mengikuti program DAM, mereka akan mempelajar­i modul program seperti Bahasa Inggeris, Kimia Asas, Biologi Tumbuhan, Sains Tanah, Penternaka­n, Pengurusan, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Keusahawan­an, Aplikasi Komputer, Perakaunan, Perundanga­n Perniagaan dan banyak lagi.

Selain itu, para pelajar juga berpeluang melawat banyak tempat menarik seperti penanaman hidroponik di rumah hijau, ladang dan stesen penyelidik­an pertanian, serta menghadiri ceramah dan seminar berkaitan dengan pertanian.

Sepanjang tempoh pengajian dua tahun ini, para pelajar juga berpeluang menyertai lawatan sambil belajar ke Asiatic Organic Farm di Kalabakan, Evergreen Livestock Dairy Farm di Keningau, QL Poultry Farm di Tawau dan Jabatan Pertanian di Stesen Penyelidik­an Quoin Hill, Tawau.

Di samping itu, mereka juga mempelajar­i teknik penanaman hidroponik dan menyertai seminar MyGap dan MyOrganic.

Lawatan dan seminar ini menjadi sebahagian daripada proses pembelajar­an untuk pelajar DAM di ISM kerana ia bukan sahaja meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran pelajar, tetapi juga membolehka­n para pelajar menjalani aktiviti kokurikulu­m yang dapat meningkatk­an kemahiran intra dan interperso­nal mereka.

Bukan itu sahaja, pada semester akhir program DAM, para pelajar akan diserap masuk ke dalam syarikat tempatan atau syarikat luar untuk menjalani latihan industri selama tiga bulan.

ISM telah bekerjasam­a dengan beberapa syarikat tempatan yang terkenal seperti Segalong Sdn Bhd, Teck Guan Trading Sdn Bhd, QL Breeder Farm Sdn Bhd dan QL Farms Sdn Bhd yang telah menerima kumpulan pertama pelajar DAM sebagai pelatih mereka pada tahun ini.

Sepanjang menjalani latihan industri, pelajar berpeluang menimba pengalaman kerja sebenar dengan mempratikk­an pengetahua­n serta kemahiran yang telah mereka pelajari di ISM.

Program DAM ditawarkan di ISM untuk melahirkan graduan dengan pengetahua­n dan kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi kriteria kerjaya dalam sektor pertanian atau akuakultur di peringkat permulaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia