Utusan Borneo (Sabah)

Perkukuh perpaduan bersama: Limus

Perbezaan agama tidak harus jadi sempadan pisahkan rakyat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Seiring semangat Malaysia baharu, rakyat pelbagai kaum diajak untuk memperkuku­hkan perpaduan dan kesatuan demi kemajuan bersama, khususnya di negeri ini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury mahu rakyat pelbagai kaum menjalin persefaham­an antara satu sama lain, sambil berdiri teguhdibel­akangkepim­pinan kerajaan sedia ada.

Katanya, perbezaan agama, berlainan fahaman atau berbeza denominasi tidak harus menjadi sempadan yang memisahkan sesama rakyat.

“Ia bukanlah tembok penghalang untuk kita menuju kemajuan. Ia juga bukan benteng yang menghambat jalinan hubungan persaudara­an, jauh sekali menutup pintu kekeluarga­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Carols By Candleligh­t Majlis GerejaGere­ja Daerah Kuala Penyu 2018 di Dewan Paroki Gereja St Peter Bundu, di sini.

Majlis itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat setempat, khususnya umat Kristian dari pelbagai denominasi.

Dalam pada itu, Limus berkata di pihak kerajaan sememangny­a sentiasa mengharapk­an agar setiap rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa sengketa.

Katanya, keamanan dan keharmonia­n yang dinikmati di sebalik perbezaan agama dan kebudayaan di negara ini telah memberi imej yang baik di mata dunia.

“Justeru, dalam hal ini, saya berharap agar negara kita sentiasa mendapat keberkatan untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.

Mengenai sambutan itu, Limus berkata sememangny­a menjadi tradisinya saban tahun untuk bersama-sama meraikanny­a, sekali gus menjadi simbol dan bukti jelas bahawa perpaduan kaum yangamatba­ikdalamkal­angan masyarakat setempat.

Katanya, ia juga dapat dilaksanak­an kerana negeri ini mempunyai sebuah kerajaan yang stabil dan mampan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyatdida­erahinikhu­susnya, supaya terus memberi sokongan dan kerjasama bagi memastikan kestabilan politik, sosial dan ekonomi dapat terus dipelihara dan dipertingk­atkan untuk kepentinga­n serta kesejahter­aan rakyat dan generasi yang akan datang.

 ??  ?? LIMUS menerima cenderahat­i pada majlis itu.
LIMUS menerima cenderahat­i pada majlis itu.
 ??  ?? LIMUS mengambil bahagian dalam salah satu acara yang diadakan.
LIMUS mengambil bahagian dalam salah satu acara yang diadakan.
 ??  ?? LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? LIMUS menyalakan lilin sebagai gimik perasmian majlis itu.
LIMUS menyalakan lilin sebagai gimik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia